#PRNSarawak : Dap semakin terdesak

DAP semakin ter­desak. Takut hilang undi masyarakat Cina.

Segala perkataan tidak elok dilemparkan terhadap Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem – `si pembuli, serigala, raja baharu Sarawak selepas Raja Brooke’ dan macam-macam cercaan lagi dalam kempen.

Bagi Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen habis diungkitnya masa lalu SUPP.

Itu hanya kerana terdesak untuk mengaut undi masyarakat Cina.

Inilah yang dikatakan spin atau putar belit yang perlu jentera Barisan Nasional (BN) berwaspada dan bekerja lebih keras dalam empat hari terakhir kempen ini.

Terutamanya buat Presiden SUPP yang juga calon Batu Kawah, Senator Datuk Dr. Sim Kui Hian.

Kelmarin, Chieng Jen terus mengelirukan rakyat dengan menuduh wakil SUPP yang menjawat Timbalan Ketua Menteri (Cina) sebelum ini gagal berfungsi.

Padahal, itu SUPP era Tan Sri George Chan Hong Nam dahulu. Tetapi kali ini Kui Hian gigih memperjuangkan hak masyarakat Tionghua Sarawak.

Takkanlah Chieng Jen tidak melihat apa yang telah dilakukan Adenan untuk membahagiakan masyarakat Cina.

Bukankah kerajaan negeri telah memberi geran kepada sekolah-sekolah persendirian Cina sebanyak RM12 juta dari 2014 hingga tahun ini? Bukankah Adenan sendiri mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersekutu (UEC)?

Kira-kira 300,000 pengundi Cina diyakini sedar adu-domba yang cuba dimainkan DAP Sarawak.

Sepatutnya Chieng Jen hayati peribahasa China kuno, “Yi Fan Qian Jin ini yang maksudnya “Sepi­ring Nasi Sejuta Imbalan”.

Ini untuk mengingatkan agar jangan melupakan budi kebaikan yang diberikan orang lain kepada kita.

Meskipun kebaikan itu barang kali tidak begitu bererti kepada DAP (kerana perjuangannya hanya untuk me­nyalahkan apa sahaja kebaikan dibuat kerajaan untuk rakyat), namun pada saat sukar, sedikit sebanyak bantuan atau budi kebaikan pasti amat bernilai.

Chieng Jen! hayatilah juga satu lagi pepatah Cina ini:

“Jika kekuatan anda kecil, jangan bawa beban berat. Jika kata-kata anda tidak berharga, janganlah berikan nasihat.

“Orang yang ‘nampak’ hebat, selalunya ada lagi yang lebih hebat.”

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana