PRK Sungai Besar Bakal Menentukan Nasib Azmin Sebagai MB

Terlalu banyak spekulasi yang berlegar-legar pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar yang dijadualkan bakal diadakan pada bulan hadapan. Banyak yang bakal dipertaruhkan dan pilihan raya kali ini bakal menyaksikan bagaimana perebutan calon antara kesemua parti politik pembangkang. Paling menarik, semua mata pastinya terarah kepada masa depan dan nasib Datuk Seri Azmin Ali di Selangor.

Percaturan politik yang dibuat oleh Azmin sebaik sahaja kerusi ini disahkan kosong menampakkan bagaimana beliau cuba membina “empayarnya” sendiri di Selangor. Sejak kerusi ini diumumkan kosong, banyak masa Azmin diluangkan di Sungai Besar. Malah, dalam beberapa hal, beliau sanggup menghabiskan masa beliau seharian di sini termasuk mengurus tadbir Selangor dari Sungai Besar.

Lebih menghairankan, Azmin sanggup mengadakan beberapa siri perbincangan dengan PAS dan PAN untuk memastikan calon yang beliau pilih, menjadi calon tunggal dari PKR bertanding di kerusi ini. Ini sekaligus mengenepikan PAS yang secara tradisinya bertanding di kerusi ini dan PAN yang mahu meletakkan wakil mereka di kerusi Parlimen di Selangor.

Apa yang sebenarnya terjadi? Kenapa secara tiba-tiba Azmin begitu proaktif dalam menentukan siapa yang patut diletakkan di kerusi ini? Malah, kenapa Azmin begitu beriya-iya melakukan perbincangan tertutup yang tidak diketahui langsung oleh kepimpinan tertinggi PKR?

Semua ini dipercayai ada hubung kait dengan kedudukan Azmin di Selangor. Di beritakan, terdapat beberapa gerakan dilakukan oleh kepimpinan PKR itu sendiri yang mahu melihat Azmin disingkirkan dari kerusi Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR. Gerakan yang dipercayai turut diserta DAP inilah yang menyebabkan Azmin terpaksa mempertaruhkan banyak perkara pada pilihan raya kecil kali ini.

Malah, pelbagai rumor telah disebarkan yang mendakwa, ada dikalangan ranting-ranting PKR di Sungai Besar dan Selangor itu sendiri sudah menyatakan pendirian mereka untuk keluar dari PKR andai Azmin masih kekal menerajui Selangor dan PKR sebaik sahaja Pilihan Raya Kecil Sungai Besar melabuhkan tirainya nanti.

Andai beliau gagal membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan, pastinya, ahli akar umbi yang mendakwa mahu meninggalkan parti akan menjadi kenyataan. Andai ini berlaku, kedudukan Azmin pasti akan terus tergugat dan tidak mustahil beliau akhirnya menerima nasib yang sama seperti yang menimpa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Inilah yang menyebabkan Azmin dilihat terlalu bersungguh-sungguh memastikan hanya calon yang beliau sendiri pilih menjadi calon tunggal bagi menentang Barisan Nasional. Beliau jelas tidak yakin bahawa PAN yang begitu komited mahu meletakkan calon di kerusi berkenaan mampu menumbangkan BN dan PAS yang sudah mengesahkan akan bertanding di kerusi ini.

Rakyat Selangor pastinya akan menyaksikan sebuah lagi drama politik ciptaan PKR andai Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar ini bukan menjadi milik Pakatan Harapan. Andai Barisan Nasional mampu mengekalkan penguasaannya di kerusi ini, penyingkiran Azmin dari semua jawatan politiknya semakin hampir dan Selangor kembali terjerumus ke kancah konflik politik semula.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana