PRESIDEN FILIPINA “BIKIN PANAS” DENGAN TUNTUT SABAH

Malaysia dan Filipina dijangka panas gara-gara bakal Presiden Rodrigo Duterte dakwa Sabah sebahagian dari wilayahnya.

Katanya pentabirannya nanti akan buat tuntutan baru keatas Sabah.

Rodrigo Duterte menang pemilihan Presiden Filipina baru-baru ini dan akan ganti Benigno Aquino sebagai ketua kerajaan.

Khamis,beliau dilaporkan oleh beberapa media Filipina sebagai berkata di Davao City bahawa pentabirannya mengitiraf Sabah sebagai wilayah kesultanan Sulu yang dituntut oleh keluarga Kiram.

Katanya pihaknya akan membenarkan waris keluarga itu berunding dengan Malaysia.

“Memandangkan ia sebahagian dari tuntutan kita,ia akan berada di situ sebagai wilayah kita,”katanya.

Pada Februari 2013,gerombolan bersenjata diketuai Agbimuddin Kiram menceroboh Lahad Datu hingga mencetus suasana tegang di Timur Sabah.

Ekoran pertempuran yang berlaku 10 anggota keselamatan Malaysia.Dipihak penceroboh ramai yang terkorban.

Insiden berdarah ini telah mendorong kerajaan menubuhkan ESSCOM untuk perkuatkan pertahanan di Timur Sabah.

Dalam pada itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berulangkali menegaskan Sabah akan terus dipertahankan sebagai sebuah negeri di dalam Malaysia dan tiada pihak yang patut mempertikai kedudukan mutlak itu.

“Saya ingin tegaskan soal polemik sama ada Sabah sebahagian Malaysia bahawa isu itu telah dimuktamadkan sejak 1878 dan Sabah merupakan wilayah yang sah di Malaysia,” katanya.

Malah beliau berkata Suruhanjaya Cobbold telah mendapatkan pungutan suara rakyat Sabah dan dua pertiga daripada rakyat negeri ini bersetuju menjadikan wilayah berkenaan sebahagian dari Malaysia.

Keputusan Suruhajaya Cobbold itu juga mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana