Polis JOHOR Buru PEmandu SINGAPURA...SEBARKAN

Pemandu warga Singapura yang menjadi viral sejak semalam kerana dikatakan memandu secara melulu, didapati mempunyai 13 saman tertunggak di negara ini.

Ia termasuk 12 saman kerana memandu melebihi had laju dan satu kesalahan memandu di lorong kecemasan.

"Kalau nak repot polis, reportlah. Polis Johor baik dengan saya, apa u orang boleh buat sebab tiada kesan langgar pada kenderaan dan tiada bukti langgar, u ingat I tak tau law," kata pemandu kereta yang menjadi viral di media sosial Facebook (FB) selepas dikatakan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

Susulan video viral, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menjalankan siasatan selepas turut menerima laporan saksi yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Johor, Superintendan Baharudin Mat Taib, turut menafikan polis mempunyai sebarang kaitan dengan suspek, malah akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan lalu lintas.

"Polis ingin menegaskan di sini bahawa walaupun (lelaki itu) tidak terbabit dalam kemalangan, cara pemanduan yang melulu dan berbahaya boleh disabitkan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Polis tidak mempunyai sebarang kaitan (dengan lelaki terbabit) dan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baharudin berkata, semakan menerusi Sistem Cops mendapati pemandu berkenaan mempunyai 13 rekod saman yang belum dijelaskan termasuk 12 saman berkaitan kesalahan memandu laju dan satu kesalahan memandu di lorong kecemasan.

Beliau turut meminta lelaki terbabit supaya tampil memberi keterangan bagi memudahkan polis menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan.

Selain itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan kes itu boleh menghubungi IPK Johor di 07-2212999 atau FB Polis Johor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana