Pilihanraya Sarawak: DAP dan PKR hilang sokongan pengundi bandar...

Empat hari sebelum tarikh pengundian pilihanraya Sarawak... DAP dan PKR dijangka akan hilang sokongan di bandar-bandar utama Sarawak yang menjadi teras kekuatan mereka kerana pergaduhan dalaman antara kedua-dua parti itu.
Menurut penganalisis politik Datuk Peter Minos, faktor tersebut juga menyebabkan rakyat mula hilang keyakinan untuk mengundi mereka pada pilihan raya kali ini.

“Persengketaan (DAP dan PKR) tidak berpenghujung itu jelas memberi kesan kepada tahap kepercayaan pengundi mereka sebelum ini.

“Ini akan menjadi salah satu faktor penyebab pengundi dan penyokong dua parti pembangkang itu beralih arah dan tidak lagi menyokong mereka,” katanya.

Malah jelasnya, respons hambar yang dapat disaksikan menerusi ceramah-ceramah kempen pilihan raya parti itu kebelakangan ini juga ternyata berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Dapat disimpulkan ujarnya, ia berkemungkinan kerana rakyat pada masa kini sudah muak dan bosan dengan taktik politik yang dibawa parti dari Semenanjung Malaysia itu.

“Taktik memberi jamuan percuma selain kehadiran penceramah seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Azmin Ali nampaknya tidak berkesan untuk menarik orang ramai ke ceramah mereka, apatah lagi untuk berasa teruja.

“Benda nyata yang dibawakan pembangkang adalah benda sama, menjatuhkan kepimpinan Barisan Nasional (BN), menyalahkan BN, membawa isu-isu yang menjurus kutukan kepada BN, semua ini saya percaya menyebabkan pengundi di bandar sudah muak dan bosan.

“Orang juga sudah lejuk (bosan) dengar perkara sama sahaja yang dibawa mereka (pembangkang), lebih-lebih lagi apabila mereka menggunakan kaedah mengkritik tanpa asas,” jelasnya.

Tambahnya, ada segelintir masyarakat memberitahu, DAP dan PKR sudah tidak dapat mencari bahan untuk menjatuhkan BN namun sebaliknya menyimpan hasrat rakyat akan terus mengundi dan menyokong mereka.

Selain itu katanya, populariti Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam kalangan rakyat negeri ini pada ketika ini juga menjadi faktor masyarakat Cina khasnya sudah mula memilih untuk menyokong BN.

“Mereka (masyarakat Cina) pasti tidak selesa untuk ‘menggigit tangan yang menyuap’ selepas Tok Nan banyak menghulur bantuan dan sumbangan kepada sekolah Cina malah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Pada masa sama, beliau (Tok Nan) juga telah menyuntik semangat dalam kalangan rakyat negeri ini agar terus ditadbir oleh rakyat negeri ini sendiri dan mereka tidak memerlukan pemimpin dari Semenanjung Malaysia,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana