Pilihanraya Sarawak: 'Amanah umpama serangga perosak di Demak Laut'

KUCHING: Kehadiran calon Amanah untuk memberi saingan kepada Barisan Nasional (BN) di Demak Laut diibaratkan serangga perosak yang tidak dijemput oleh pengundi di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Taman Mesra Bako, Dollah Harun berkata, Amanah juga datang tanpa sebarang perancangan selain tidak pernah membentangkan sebarang misi calon kepada penduduk.

Katanya, pembangunan yang dibuat BN di lokasi itu sudah terbukti dan kini hanya perlu meneruskan kemajuan oleh calon yang juga wakil rakyat sedia ada.

"Macam Amanah nama sahaja Amanah tetapi kita tidak tahu perancangan mereka. Mereka seperti serangga perosak di ladang, kini mereka menjadi serangga perosak di Demak Laut," katanya ketika ditemui semasa Majlis Mesra Pengundi Bako di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni menjadi calon BN dan bertemu calon Amanah, Mohamad Fidzuan Zaidi.

Dalam pada itu, penduduk setempat, Anis Hipni berkata, kemasukan Amanah hanya pengacau dan membuang masa sahaja.

"Kalau hendak kempen di sini tidak payahlah, Melayu di sini tidak boleh dipecah lagi. Amanah ini tidak payah dan tidak payahlah, buang masa sahaja mereka datang kempen di sini," jelasnya.

Sementara itu, Dr Hazland menyatakan, pelbagai kemajuan yang dibawanya pada penggal pertama menjadi wakil rakyat tidak perlu dipertikai lagi.

Jelasnya, pelbagai program pembangunan modal insan yang dibuat sentiasa memfokus kepada kebajikan rakyat.

"Saya yakin dan percaya dengan corak politik yang saya bawa adalah politik pembangunan, bukan politik kebencian, politik perpecahan, politik pembohongan, politik hasutan dan bukan politik putar alam.

"Ia juga sudah diketahui kira-kira 14 ribu pengundi yang sedia memahami perjuangan kami selama ini," jelasnya.

Pada PRN 2011, Dr Hazland berjaya mempertahankan kerusi BN apabila mendapat 5,522 undi menewaskan Ali Hossen Abang (PKR) yang memperoleh hanya 1,770 undi, membolehkannya menang dengan majoriti 3,752 undi.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, parti itu tidak memerlukan manifesto untuk PRN Sarawak ke-11 kerana hanya meletakkan 13 calon sahaja.

Tegas Salahuddin, apa yang penting adalah bagi semua calon tawaran bagi menyelesaikan isu yang didakwa masih membelenggu kehidupan masyarakat di negeri itu.

Proses pengundian bakal berlangsung pada 7 Mei ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana