Penyelewengan Perlu Dilapor Kepada SPRM, Bukan Presiden Parti Politik

PENAMPAKAN ada drama sedang berlaku, disebalik dakwaan penyelewengan membabit wang dan perempuan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, mula kelihatan ketara bila bukti yang dikatakan wujud itu, nak dibawa kepada Presiden parti pulak dulu sebelum ditentu nak dilapor kepada SPRM atau tidak.

Kenapa mesti nak bawa jumpa Presiden parti dulu?  Adakah kalau Presiden parti kata tak perlu lapor maka kesalahan tidak berlaku tapi kalau sebaliknya, kesalahan telah berlaku?

Ini perlu dijelaskan kerana kita tidak mahu amalan menyerahkan keputusan menerus atau tidak meneruskan laporan terhadap salah laku rasuah dan penyelewengan, ditentukan oleh parti politik terlibat, bukan oleh pihak berkuasa berkaitan – kalau perkara ini benar-benar kejadianlah.

Lebih lagi bila yang di dakwa terlibat adalah kerajaan negeri, bukan semua rakyat dalam negeri itu adalah ahli parti pun sehingga kepentingan mereka sebagai rakyat negeri nak diketepikan dan ahli parti politik ambil alih.  Takkan parti penuh lawyer macam PKR tak tahu benda mudah macam ini?

Sekalipun agensi seperti SPRM boleh mengambil tindakan tanpa perlu menunggu laporan rasmi, kerjasama dari mereka yang terlibat juga penting.  Dalam kes ini, kalau Presiden parti membuat keputusan laporan tidak perlu dibuat, dibimbangi ia memberi maksud kerjasama turut tidak perlu diberikan kalau pun siasatan tetap berjalan.

Bagaimana nak lengkap siasatan kalau takde kerjasama diberikan, tak cerita Mahkamah lagi?  Ini isunya sekarang.

Sebab itu penulis katakan pada awal lagi (artikel berlainan), isu ini semata-mata nak alih perhatian saja – bukan sebab betul nak ambil tindakan atas penyelewengan yang dikatakan itupun.  Penulis yakin penyelewengan yang dikatakan itu berlaku, itu tiada keraguan, yang ragu ni ialah orang yang mendedahkan tu dan motif ia didedahkan sekarang.

Dua elemen (si pendedah dan motif) ini pun dah cukup buat drama bersiri dah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana