Penipuan Mahathir Sekali Lagi Terbongkar

Minggu lalu, Tun Dr Mahathir dengan bangganya memberitahu bahawa beliau dan kemnya telah berjaya mengumpul sebanyak 1.27 juta tandatangan dimanaianya bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melalui petisyen yang digelarkan olehnya sebagai Deklarasi Rakyat.

Sejak dari hari pengumuman berkenaan, baik Tun M mahupun para pentaksubnya memainkan sentimen kononnya rakyat telah menolak kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib dengan bukti sahih yang kononnya diterima hasil daripada tandatangan penyertaan melalui online dan secara nyata.

Setiap hari, baik Anina Saaduddin mahupun Datuk Khairuddin Abu Hassan memainkan sentimen berkenaan bagi meraih perhatian rakyat Malaysia berhubung kejayaan berkenaan. Lebih melucukan, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Azmin Ali sendiri berkempen kononnya, bukti telah jelas bahawa rakyat semakin menolak kepimpinan Datuk Seri Najib secara jelas melalui 1.27 tandatangan berkenaan.

Hari ini, kebenaran akhirnya terserlah. Seorang pengaturcara komputer sambilan, Azharuddin Bin Othman @ Abdullah telah tampil dengan akuan bersumpahnya dengan mendakwa apa yang diperolehi dan di isytiharkan oleh Tun M itu sebenarnya adalah satu pembohongan nyata hasil daripada kerjanya dan beberapa orang yang lain.

Projek yang didakwa Azharuddin ini dikatakan didalangi oleh seseorang yang hanya disebut sebagai Ema atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga melalui akaun Facebooknya. Dakwanya, Ema ada menghubunginya beberapa kali untuk mendapatkan 1.2 juta nama database yang ada pada Azharuddin. Ia dikatakan bakal digunakan oleh Tun M sebagai usahanya mendapatkan lebih satu juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat.

Menariknya, dia ditawarkan RM 5,000 untuk database berkenaan namun apa yang berlaku, dia hanya menerima RM 1,000 sahaja dari Ema atas hasil usaha dan kerja yang telah dia lakukan. Melalui penipuan inilah, Tun M membuat kenyataan bahawa beliau mendapat 1.27 juta tandatangan yang kini boleh kita sifatkan sebagai satu lagi pembohongan kem Tun M terhadap rakyat keseluruhannya.

Malah, kesahihan tandatangan berkenaan juga kini sudah boleh dipertikai dimana, Azharuddin dipercayai hanya menyerahkan nama yang ada padanya, bukan dalam bentuk tandatangan. Jika dinilai dari segi undang-undang, ianya jelas telah mencabul dan menceroboh hak privasi seseorang individu apabila disalah gunakan untuk kepentingan individu.

Pembohongan nyata tidak akan dapat disimpan lama, apatah lagi jika seseorang menjanjikan sesuatu namun akhirnya dimungkiri. Inilah yang berlaku terhadap Azharuddin sehingga dia berani tampil dengan akuan bersumpah menafikan setiap apa yang didakwa oleh Tun M. Paling melucukan, ramai yang tertipu dengan helah licik mereka yang hanya mahu mengaut keuntungan dengan menggadaikan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana