Pelik Dan Kemaruk Kot!!!! PRK: Husam beri kata dua pada Pas

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa meminta Pas untuk menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak jika enggan berunding dengan parti pembangkang yang lain.

Menurut Husam, kedegilan Pas yang enggan berunding sehingga sanggup berdepan persaingan tiga penjuru dalam kedua-dua PRK tersebut boleh menyebabkan parti itu kalah teruk termasuk mendapat undi lebih rendah daripada satu lagi parti yang tewas.

‘‘Dalam kedua-dua PRK ini, kita kena lihat dengan teliti parti mana yang ada daya menang lebih. Kalau bukan Melayu tidak sokong Pas, kecil hati dengan Pas, bermakna, mula-mula lagi Pas sudah hilang daya menang. Lebih baik Pas tidak letak calon.

‘‘Kalau berlaku tiga penjuru, Pas mesti dapat undi lebih daripada parti satu lagi. Jika ditakdirkan Pas dapat kurang undi, imej Pas akan rosak untuk tempoh yang sangat lama.

‘‘Sama ada Pas berunding dengan parti-parti lain supaya berlaku satu lawan satu atau Pas tarik diri supaya tidak nampak teruk di mata rakyat,’’ katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana