PAS jemput PERKASA ke muktamar tahunan

 PASIR MAS: Dalam usaha meningkatkan kerjasama dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), PAS menjemput badan bukan kerajaan itu ke Muktamar Tahunan kali Ke-62 parti awal Jun depan.

Mengumumkan demikian di sini hari ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, berkata keputusan ini diambil berikutan Perkasa yang kian cenderung kepada PAS sejak kebelakangan ini Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, berkata PAS kini mengamalkan politik matang dan sejahtera selepas mengalami krisis dalam pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat) tahun lepas.

 "Kami kini membuka peluang kepada semua pihak untuk mengenali kita secara terbuka," katanya. Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sebelum ini berkata muktamar ke-62 bermula 2 hingga 4 Jun depan itu akan memberi tumpuan kepada persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Muktamar itu bakal dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dan pemerhati dan dijadual berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa. Mohd Amar berkata, muktamar tahunan bagi tiga sayap parti itu - Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan diadakan pada 31 Mei dan 1 Jun. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana