Nak berkuasa punya pasal..Kerusi Sg Besar, Kuala Kangsar milik kami mengikut perjanjian PH - Saari Sungib

SHAH ALAM: Seorang ADUN dari Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya kembali merujuk kepada perjanjian gabungan itu yang ditandatangani oleh ketiga-tiga parti pada Januari lalu berhubung peruntukan kerusi pilihan raya.

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkata, berlandaskan perjanjian dengan PKR dan DAP di bawah payung PH, semua kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS adalah menjadi milik PAN selepas ketiga-tiga parti itu membentuk gabungan pembangkang yang baru.

"Kestabilan yang dibina sejak 1999 adalah untuk satu lawan satu, jadi kalau Pakatan Harapan sudah menggantikan Pakatan Rakyat, Amanah (PAN) sudah menggantikan PAS, demi kestabilan itu kita kekalkan pengagihan yang telah kita bergaduh dan berbalah..dan kita berjaya kompromi.

"Bagi saya, istilah untuk kestabilan dan nak capainya bukan mudah, tetapi saya masih terbuka untuk melihat apa sebabnya. Kalau kita kekalkan yang lama, Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah calon Amanah (PAN), tapi kita kena runding," katanya kepada Antarapos.

Awal hari ini Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata hasrat parti itu untuk bertanding di PRK Sungai Besar adalah kerana mahu menyelamatkan hubungan PKR dan PAS di Selangor.

Langkah itu diambil setelah rundingan PAS dan PKR gagal mencapai sebarang persetujuan di mana parti Islam itu bertegas untuk bertanding, begitu juga dengan PKR.

"Kalau (kerusi) Parlimen di Selangor, PAS tujuh kerusi maka tujuh kerusi ini akan dipertandingkan oleh Amanah (PAN), kalau Dewan Undangan Negeri (DUN) 20 kerusi PAS, maka selayaknya dipertandingkan oleh kami, itu pada dasarnya," kata Saari sebagai menyokong kenyataan Khalid.

Saari dalam pada itu turut menjangkakan peluang akan lebih memihak kepada PH untuk memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar biarpun wujud pertembungan tiga penjuru.

"Ada kajian menyatakan kalau tiga penjuru di Sungai Besar, kelebihan kepada kita (PH), kalau di Kuala Kangsar memang PH tiada harapan (kalau tiga penjuru) sedangkan dua penjuru (antara PAS dan BN) pun masih berat (sukar) untuk kita menang, lebih memihak kepada BN.

"Tapi di Sungai Besar, tiga penjuru akan beri kelebihan kepada PH. Itu pandangan secara rawak," ujarnya.

Media hari ini melaporkan PAN dijangka mencalonkan Presidennya Mohamad Sabu sebagai calon parti itu di PRK Parlimen Sungai Besar.

Khalid berkata Mohamad Sabu atau Mat Sabu antara calon yang disenarai pendekkan untuk diangkat sebagai calon PAN.

Selain Mat Sabu, Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana