Muka Tak Tahu Maluuuuu....'Saya masih mahu bersama PAS' - Husam Musa

KOTA BHARU: ADUN Salor, Datuk Husam Musa menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik pemecatannya yang didakwa tidak mengikut proses perlembagaan parti.

Husam berkata, beliau sudah menghantar surat kepada Presiden PAS hari ini beserta dengan hujahan berhubung pemecatannya itu.

"Saya masih mahu kembali kepada PAS kerana jiwa saya masih dengan parti itu. Saya yakin sekiranya Datuk Seri Hadi membaca dan meneliti surat berkenaan, pemecatan saya akan ditarik balik, sekali gus membolehkan saya kembali kepada PAS.

"Saya harap keputusan (dapat) dibuat sebelum Muktamar PAS bermula Selasa ini, kerana saya mahu bersama perwakilan untuk membahaskan dasar parti," katanya pada sidang media di rumahnya di Kampung Kota, di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Husam yang juga bekas Naib Presiden PAS mendakwa proses pemecatannya bukan sahaja tidak mengikut perlembagaan parti malah tidak mengikut lunas Islam.

Beliau mendakwa, pihak Jawatankuasa Tatertib PAS Pusat juga tidak memanggilnya untuk membela diri terhadap beberapa tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

"Salah satu sebab saya dipecat dari parti kerana menjadi saksi berkaitan satu kes sivil kontraktor Lebuhraya Timur-Barat menyaman kerajaan negeri.

"Dengan menjadi saksi (kes itu), saya dituduh mensabotaj kerajaan negeri. Sudah jelas alasan pemecatan saya tidak wajar sama sekali," katanya.

Husam berkata, sekiranya tiada maklum balas daripada Abdul Hadi berhubung surat yang dihantar supaya menarik balik pemecatannya, beliau akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang mengaibkannya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Husam dipecat sebagai ahli PAS berkuatkuasa 23 April lalu selepas Jawatankuasa Tatatertib PAS meneliti aduan salah laku terhadap ADUN Salor berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana