Mastura ialah calon BN di Kuala Kangsar

Seperti yang diramalkan oleh Agendadaily sebelum ini,Datin Mastura Yazid,balu kepada Allahyarham Datuk Wan Khairil Anuar dipilih sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil Parlimen kawasan Kuala Kangsar.

Dipercayai kerana soal iddah kematian suami,beliau tidak hadir di majlis pengumum nama calon di Command Center BN di Kuala Kangsar oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi petang Sabtu.

Sebaliknya menerusi video yang ditayang kepada hadirin di majlis itu Mastura ata terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak kerana pilihnya sebagai calon BN.

Peguam yang berusia 55 tahun itu kata beliau berhasrat untuk sambung tugas Allahyarham suaminya.

Sebelum ini timbul spekulasi persoalan mengenai isu iddah samaada beliau boleh dipilih calon atau tidak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana