Malulah...Baru Nak Ambil Hal Dalam Kes Ini....Tahap Keselamatan Sistem myIMMs Ditambah Baik

PETALING JAYA: Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) kini sedang melalui proses transformasi bagi tujuan penambahbaikan khusus dalam meningkatkan tahap keselamatannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Sektor Awam) HeiTech Padu Berhad, Ariff Mokhtar berkata proses transformasi yang dilakukan oleh syarikatnya yang bertindak sebagai 'main integrator' sistem berkenaan, yang antaranya mengimbas pergerakan keluar masuk ke negara ini.

Projek tersebut telah dilaksanakan sejak Mac tahun lepas atas permintaan  kerajaan dan dijangka dapat diselesaikan penghujung tahun ini, katanya kepada Bernama.

"Kami (HeiTech Padu Berhad) sentiasa memastikan operasi perisian itu berada pada tahap optimum sejak bertanggungjawab ke atas sistem itu pada 2010," katanya.

Beliau diminta mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 pada 18 Mei lalu yang menyatakan myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas.

Laporan media sebelum ini turut menyebut bahawa sistem itu yang menyokong perkhidmatan utama Jabatan Imigresen sering tergendala, dipercayai antara punca warga asing mudah membolosi pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Sistem myIMMs kini menjadi isu berikutan laporan yang mengatakan sistem tersebut telah disabotaj oleh pihak tertentu, di mana pihak berkuasa sedang menyiasat kira-kira 100 orang termasuk pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan anggota sindiket yang dipercayai terlibat dalam mensabatoj sistem tersebut.

Khamis lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau bersama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim akan berjumpa dengan pembekal agar mengemas kini dan menambah baik sistem tersebut dalam tempoh terdekat.

Ahmad Zahid juga menolak penglibatan pegawai atasan dan juga pembekal sistem myIMMs dalam kegiatan mensabotaj sistem tersebut.

Sementara itu, Ariff berkata sistem myIMMs telah direkod berfungsi 99.5 peratus atas talian tanpa gagal sejak ia dilancarkan.

"Dalam 'Service Level Agreement' yang kami tandatangani dalam kontrak, kadar uptime sistem perlu capai 99.5 peratus.

"Sekiranya tidak tercapai, kami boleh dikenakan penalti. Dari segi ini, kami telah memenuhi keperluan setakat ini, Alhamdulillah," katanya.

Bagaimanapun, Ariff mengakui kebergantungan sistem itu kepada infrastruktur seperti internet dan janakuasa elektrik yang bukan di bawah bidang kuasa mereka, memberi kesan terhadap operasi sistem tersebut.

"Ini apa yang berlaku di KLIA, bila ada gangguan bekalan tenaga hampir satu jam, rangkaian pun turut terjejas, rangkaian daripada server kepada komputer okey, tetapi hanya disebabkan satu peralatan iaitu router tidak berfungsi, ia menggagalkan keseluruhan sistem," katanya.

Beliau berkata syarikatnya mengendalikan lapan modul termasuk sistem data, daripada 37 modul yang turut dikendalikan beberapa vendor lain dalam sistem myIMMs.

"Modul-modul lain seperti biometrik dikendalikan vendor lain, di mana kontrak dan bayaran diberi secara terus kepada mereka oleh pihak kerajaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana