Mahfuz terbuka sokongan DAP Selangor kepada calon PAN di PRK Sg Besar

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar 'bersikap terbuka' berhubung sokongan DAP Selangor terhadap calon Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

"Semua orang mempunyai pendirian masing-masing, terpulang kepada pengundi untuk memilih mana calon pilihan mereka," katanya ketika ditemui media, hari ini.

Mahfuz diminta mengulas sokongan DAP Selangor terhadap Parti Amanah Negara (PAN) yang menyatakan hasrat untuk meletakkan calon di PRK Sungai Besar, 18 Jun ini.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mendakwa pengundi di kerusi tersebut tidak akan menyokong PAS memandangkan parti Islam itu 'mengkhianati' kerjasama Pakatan Rakyat (PR) sebelum in sehingga menyebabkan gagasan pembangkang itu terkubur. 

Dikatakan PAN bakal mempertaruhkan Presidennya, Mohamad Sabu atau Timbalan Presiden Salahuddin Ayub di Sungai Besar.

Dua hari lalu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad menyebut bahawa calon-calon berkenaan dipersetujui DAP Selangor.

Namun sebarang keputusan berkenaan calon akan diputuskan menerusi Mesyuarat Majlis Presiden PH yang akan diadakan pada esok.

Ditanya sama ada pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan memberi kesan kepada PAS, Mahfuz berkata perlu ada persefahaman dan tolak-ansur antara PAS dan PAN.

"Supaya setiap parti boleh ambil satu kerusi sahaja. Contoh PAS di Sungai Besar, maka Amanah (PAN) di Kuala Kangsar atau sebaliknya. Itu yang saya harapkan supaya tidak bertembung antara satu sama lain," ujarnya.

Namun Ahli Parlimen Pokok Sena itu 'mengelak' ketika ditanya mengenai sokongan kepada calon PAS di kedua-dua kerusi itu dengan memberi alasan beliau tidak berada di Malaysia ketika pilihan raya berlangsung.

"Saya bukan pengundi, saya tak boleh beri sokongan. Saya tidak berada dalam negara (pada waktu itu) maka saya tidak terlibat dengan mana-mana," ulasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana