Leong Harus Ketepikan Emosi - Ketua Pemuda MCA

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berkata, Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong yang mengumumkan keluar parti pada Jumaat tidak sepatutnya mengikut emosi semasa membuat keputusannya sebagai reaksi terhadap isu hudud.

Katanya Leong yang merupakan seorang anggota Exco Kerajaan Kedah sepatutnya turut bersama-sama dalam menerajui barisan kepimpinan MCA.

"Wira sebenar terus berjuang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pengajian Tinggi di sini, Sabtu.

Chong turut memaklumkan bahawa Pengerusi MCA Kedah, Datuk Lee Chee Leong, telah bertemu dengan Leong bagi membincangkan perkara itu. 

Pada Jumaat, Leong yang merupakan ADUN Gurun, mengumumkan keluar daripada MCA dalam satu sidang media di Alor Setar kerana tidak berpuas hati dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan 2016) di Dewan Rakyat Khamis lepas. 

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai RUU itu, Chong berkata, MCA tidak berhasrat untuk campur tangan dalam hal ehwal Islam dan Barisan Nasional (BN) masih berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Saya tegaskan bahawa kami tidak menentang Islam dan jangan jerumuskan kami ke dalam konflik agama. Ini adalah pendirian BN dan ia tidak pernah terjejas. Isu hudud bukan agenda kita tetapi PAS," katanya.  -Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana