Kit Siang keluarkan kenyataan 'dramatik' untuk raih simpati pengundi Cina

SHAH ALAM: Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba 'meraih' simpati pengundi Cina apabila mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu berada dalam keadaan bahaya dan berkemungkinan hilang separuh daripada kerusi yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, kenyataan tersebut bertujuan untuk menimbulkan sentimen kerisauan dikalangan pengundi Cina agar tetap memilih calon DAP bagi menjadi 'penyemak imbang' dalam DUN negeri berkenaan.

"Ada semacam gesaan psikologi yang halus oleh kenyataan Lim Kit Siang itu supaya pengundi Cina memikirkan kemungkian daripada kenyataan berkenaan," katanya kepada Antarapos.

Semalam, Kit Siang berkata DAP mungkin akan kehilangan tujuh daripada 12 kerusi yang dimenangi mereka pada PRN 2011 yang lalu.

Veteran DAP itu berkata, Barisan Nasional (BN) kini giat menarik perhatian pengundi dengan wang dan menggunakan faktor Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebagai alat berkempen di Sarawak. 

Kit Siang turut berkata tujuh kerusi berkenaan dilaporkan akan kembali ke tangan BN akibat persempadanan semula daripada 12 kawasan DUN Sarawak yang dimenangi DAP dalam pilihan raya negeri yang lalu.

Pemimpin veteran itu bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik tujuh kerusi yang dimaksudkan beliau.

Dalam masa yang sama, Jeniri berpandangan kenyataan Kit Siang itu juga bertujuan untuk memberi tekanan kepada jentera kempen dan pekerja parti agar melipat gandakan usaha bagi memastikan kerusi yang dimiliki mereka tidak terlepas ke tangan BN.

"Ini adalah satu percubaan Kit Siang untuk menggerakkan jentera di peringkat akar umbi DAP supaya menggempur habis-habisan kubu BN khususnya di kerusi yang 'marginal', serta kerusi yang BN tampilkan calon berwibawa termasuk taikun yang mempunyai wang," katanya.  

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak itu juga tidak menolak bahawa kenyataan Kit siang itu disebabkan kerana bimbang akan berlakunya peralihan undi kepada BN selepas krisis pertindihan kerusi yang melingkari DAP dengan PKR.

"Itu satu kenyataan yang agak dramatik dan mengejutkan.

"BN sendiri tak pernah keluarkan kenyataan sedemikian sepanjang pemerhatian saya," kata beliau.

Untuk rekod, pada PRN lalu, DAP berjaya memperoleh 12 kerusi daripada 15 yang ditandingi mereka.

Kerusi-kerusi berkenaan adalah Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawa, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Kidurong, Piasau, dan Pujut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana