Kantoi... lelaki dakwa terlibat palsu tandatangan Deklarasi Rakyat

Sudah dijangka... cuma kali ini 'orang dalam' sendiri tampil dengan Akuan Bersumpah mendakwa pendokong Deklarasi Rakyat memalsukan tandatangan rakyat untuk mendapatkan jumlah yang banyak dalam tempoh singkat.

Pendedahan itu dibuat Azharuddin Othman dan bekerja sebagai pengaturcaraan komputer bebas yang mendedahkan, beliau dihubungi seseorang yang dikenali sebagai Ratu Naga menawarkan khidmat untuk membeli pengkalan data (database) rakyat Malaysia bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk projek Deklarasi Rakyat.

Dalam sidang media yang dianjurkan oleh pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin di Kuala Lumpur petang Khamis iaitu Azharuddin turut membacakan akuan bersumpah bagi membuktikan pendedahan dan pengakuan beliau adalah benar.

"Pada tarikh 27 April 2016, saya telah dihubungi oleh seorang yang bernama Ema yang lebih dikenali dengan nama 'Ratu Naga'. Saya kenal dia melalui seorang kawan dan pernah jumpa berdepan. Komunikasi saya melalui Whatsapp tersebut bukanlah kali pertama juga.

"Sebelum ini dia (Ratu Naga) memang mengetahui saya mempunyai sejumlah besar (jutaan data base maklumat penduduk Malaysia yang boleh diceraikan berdasarkan beberap katogori berdasarkan keperluan).

"Dia menawarkan RM5,000 untuk mendapatkan 1.2 juta database dan beberapa penghantaran dibuat melalui emelnya (primes.ratu@gmail.com). Dia memaklumkan saya database itu untuk kegunaan bagi projek memorandum Deklarasi Rakyat ke DYMM Yang Dipertuan Agung," katanya sambil membacakan akuan berkenaan.

Pemalsuan itu kata Azharuddin, terpaksa dilakukan untuk mencukupkan bilangan dalam tempoh masa yang singkat.

Bagaimanapun kata Azharuddin, beliau dan rakan sepasukan tidak mendapat bayaran seperti yang dijanjikan selepas menyelesaikan tugasan yang dikehendaki.

"Namun setelah semua selesai saya hanya mendapat RM1,000 sahaja dan sehingga kini saya tidak mendapat baki bayaran seperti yang dijanjikan," katanya lagi.

"Saya mengaku dan membuat akuan ini secara sedar dan bertanggungjawab," katanya sambil menunjukkan salinan 'print screen' perbualan Whatsapp dan penghantaran emel yang berkaitan.

Dalam pada itu, Chegubard berkata, jumlah sebenar tandatangan hanyalah 300,000 sahaja.

Justeru, beliau menggesa agar 'kartel' Dr Mahathir segera memberi maklum balas berhubung pendedahan penipuan tandatangan tersebut.

Ujarnya, selepas melihat maklum balas daripada pihak yang berkenaan, pihaknya akan tampil dengan satu lagi siri pendedahan berhubung cara penipuan itu dilakukan.

"Apa yang berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir," katanya.

"Belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir. Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan," ujar Chegubard.

12 Mei lalu... kumpulan penyokong Mahathir mendakwa mereka sudah cukup tandatangan lebih sejuta rakyat Malaysia yang menyokong Deklarasi Rakyat anjuran Mahathir dan Lim Kit Siang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana