Kalau Berani Keluar Lah.....Hudud: DAP cabar MCA, Gerakan keluar BN

GEORGE TOWN, Jumaat – Timbalan Setiausaha Agung parti rasis dan cavinis DAP, P. Ramasamy mendesak MCA dan Gerakan untuk keluar dari Barisan Nasional (BN) berikutan sokongan UMNO terhadap Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) yang dibentangkan PAS, semalam.

Katanya, UMNO telah menyatakan sokongan terhadap RUU yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, maka parti-parti lain seperti seperti MCA, Gerakan, MIC dan myPPP mesti meninggalkan gabungan BN sebagai tanda protes.

“Sokongan oleh UMNO dengan membenarkan Rang Undang-Undang itu dibentangkan telah menunjukkan bahawa ia tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan perasaan orang bukan Melayu di negara ini.

“Walaupun UMNO memberi tumpuan untuk memenangi pilihan raya akan datang, ia tetap menghantar isyarat yang salah dari segi mengekalkan hubungan antara kaum atau agama,” katanya yang dipetik daripada FMT, hari ini.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul RUU iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Ia bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas umat Islam dan dalam hal-hal kesalahan di dalam perkara yang disenaraikan di butiran 1 Senarai Negeri, mengikut jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah mengikut Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan mengikut seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Ramasamy berkata, tindakan UMNO dan PAS ini adalah cubaaan untuk mendapatkan populariti dengan membuat langkah berani dengan usul itu.

“UMNO terdesak dan begitu juga dengan PAS. Tindakan mereka itu boleh membawa membahayakan negara secara keseluruhannya,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana