Janji Kerajaan Kepada Warga Bandar.....MRT (SBK) Sungai Buluh Ke Kajang Menepati Keperluan Sistem Pengangkuatan Semasa

Intipati dalam melaksanakan transformasi besar dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian diutamakan bukanlah satu laluan mudah sebagaimana lafaz kata tanpa dikota. Ianya terpatri dengan janji jitu yang dimetrai tekad bagi merialisasikan impian seluruh warga Malaysia iaitu kesatuan dalam melestarikan kepelbagaian.

SPAD memainkan perananya dalam melksankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dalam usaha meningkatkan sistem pengangkutan. Pengangkutan awam  merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan samada persendirian atau   awam.  Ia   mampu   memberikan   kesempurnaan   dan   peningkatan   kepada   kualiti hidup seharian.

Dimasa kini sambutan   masyarakat   kepada   pengangkutan   awam   amat   menggalakkan   di sesetengah tempat. Hari ini  Negara kita telah memiliki pelbagai jenis pengangkutan awam yang boleh menjadi pilihan bagi sesetengah pengguna di bandar – bandar besar.

Walaubagaimanapun   pengurusan   sistem   pengangkutan   awam   di   Negara   kita sedang menuju ke satu arah penambahbaikan sistem yang ber sistematik , efisyen dan efektif. Penyelarasan atau garispanduan   untuk   mewujudkan   satu   sistem   yang   berkesan   dalam   mengendalikan operasi pengangkutan awam di  seluruh  Malaysia sedang giat dilakukan .

Hal  ini  memerlukan pertimbangan yang wajar kerana pengguna pengangkutan awam di Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti kanak – kanak, remaja, dewasa, belia, warga tua, wanita mengandung dan tidak  ketinggalan  juga  orang – orang kurang   upaya dan golongan istimewa

Perancangan yang rapi dalam memastikan satu sistem yang lebih berkesan dan dapat dinikmati oleh pelbagai golongan dirancang dan dipermodenkan  agar ianya sejajar dengan gerakan wawasan negara kearah negara maju.

Terkini, projek MRT yang sedang dalam peringkat ujian sedang dilakukan bagi menghubungkan perjalanan diantara Kajang  ke Sungai Buluh sedang giat dilakukan. Ujian ini adalah bertujuan untuk memastikan  tahap keselamatan dan tahai keutuhan struktur binaan menepati ciri ciri keselamatan yang ditetapkan.

Projek MRT SBK ini  dijangkakan apabila telah siap sepenuhnya dan melepasi  tahap ujian keselamatan dalam pelbagai aspek akan dapat menampung penumpang seramai 1,200 orang  dalam satu-satu masa  perjalanan operasi tanpa henti selama 120 jam.

Diantara perkara yang menarik dalam pembinaan MRT SBK ini adalah ianya akan menghubungkan sebanyak 17 buah sekolah sekitar  Kajang dan Sungai Buluh dan dijangkakan akan menjadi pengangkutan pilihan  pelajar sekolah  disamping pengguna yang lain.

Lalaun yang melibatkan 17 buah sekolah tersebut ialah:

1) SJK (T) Saraswathy

2) Sri KDU International School

3) SMK Bandar Utama Damansaea (4)

4) Sekolah Menengah Stella Maris

5) SJK (C) Jalan Davidson

6) SMJK (C) Confucian

7) Victoria Institution

8) SMK Cochrane Perkasa

9) SMK Cochrane

10) SMK Yaacob Latig

11) SK Yaacob Latif 1 & 2

12) SMK Convent Jalan Peel

13) SK Seri Cheras

14) SK Convent

15) SM Convent

16) SK Jalan Bukit 1

17) SMK Jalan Bukit

Sepanjang laluan perjalanan diantara Sg Buloh – Kajang,perkhidmatan  MRT akan melalui lapan hentian iaitu Sg Buloh, Kota Damansara, Mutiara Damansara, Merdeka, Cochrane, Maluri, Stadium Kajang dan Kajang.

Justeru itu, pembinaan MRT  ini secara jelasnya akan  mengurangkan penggunaan jalanraya dan  akan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas yang mana  sebelum ini menjadi satu masalah yang amat besar bagi penguna jalanraya.

Sudah pasti ibu bapa pastinya dapat menghela sedikit nafas lega berikutan pembinaan projek ini kerana mereka boleh menjimat masa pagi mereka daripada menghadapi kesesakan untuk menghantar anak..disebalik itu, keselamatan pelajar juga akan lebih terjamin dengan menggunakan pengangkutan awam seperti ini berbanding menunggang motosikal…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana