Jangan Kita Biarkan DAP Bersuara......Adenan Mahu Pengundi Bumiputera Rampas Kubu DAP

MIRI: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata dua kawasan Kubu kuat DAP di utara Sarawak, Pujut dan Piasau boleh ditawan oleh Barisan Nasional (BN) jika pengundi Bumiputera tidak berpecah, sebaliknya bersatu untuk menentang pembangkang.

“Undi Bumiputera boleh menjadi penentu kemenangan bagi dua kerusi Dewan Undnagan Negeri (DUN) itu,” ujarnya.

Justeru, beliau mahu pengundi Bumiputera di Miri terutama di dua kawasan itu, selain DUN Senadin untuk menyokong BN.

“Kita tahu sukar untuk meramal pengundi cina tetapi Bumiputera harus kekal bersama BN,” katanya pada Majlis Pemimpin bersama Rakyat DUN Piasau dan Senandin di sini semalam.

Tambahnya, kerajaan sudah banyak membantu menangani masalah penenmpatan setinggan di Miri seperti di Pujut, Tudan dan sepanjang Sungai Miri, selain memberi lot tanah untuk penduduk setinggan di Miri, itu di Tudan Desara.

Ini membuktikan kerajaan BN prihatin terhadap masalah rakyat miskin di bandar.

Di Piasau terdapat 41 peratus pengundi Bumiputera dan 59 peratus pengundi Cina. Manakala di Pujut pula terdapat 32 peratus Bumiputera, dan 68 peratus pengundi Cina. – Sarawakiana

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana