Itu pandangan peribadi Zaid, pergeseran DAP dan PKR tak terlalu besar - PAN

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN) berpandangan pergeseran antara dua rakan sekutunya DAP dan PKR adalah 'tidak terlalu besar' sehingga boleh memecahbelahkan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir berkata, parti bongsu itu sentiasa memainkan peranan agar kemelut antara kedua-dua parti itu ekoran pertindihan di enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, dapat ditangani.

"Kami sentiasa memainkan peranan itu (sebagai orang tengah antara PKR dan DAP), dan tidak timbul soal jadi orang tengah dan sebagainya.

"Kita sokong penuh sebarang langkah untuk memperbaiki keadaan, saya percaya keadaan ini boleh boleh diperbaiki. Kalau ada orang jadi batu api, (agak) susah. Masalah ini tidak terlalu besar, itu cuma masalah dalaman, sikit sahaja di Sarawak," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Anuar juga menyifatkan Pakatan Harapan terlalu 'hijau' untuk dikorbankan apatah lagi untuk sebuah perselisihan kecil.

PKR dan DAP kini terpaksa bersaing sesama sendiri di enam kerusi DUN iaitu Batu Kitang, Ngemah, Mulu, Murum, Simanggang dan Mambong, selepas kedua-dua parti gagal mencapai kata sepakat sehingga saat akhir penamaan calon Isnin lalu.

Ekoran perselisihan itu, semalam bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata harapan terbaik untuk pakatan pembangkang yang boleh dipercayai pada ketika ini adalah antara DAP dan PAN.

Zaid juga mahu mengundang pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang ke majlis makan malam menjelang pilihan raya Sarawak 7 Mei dan menyatakan kepada tokoh DAP itu supaya melupakan sahaja perjanjian pilihan raya bersama PKR.
 
"Itu pandangan (Datuk) Zaid Ibrahim sendiri dan kita tidak setuju dengan pandangan itu.

"Kita yakin dengan Pakatan Harapan (PH), hal yang berlaku ini tidak semestinya membawa kepada (perpecahan) di mana tinggal dua parti sahaja (DAP dan PAN) , kita kekal yakin (dengan PH), perkara ini bukanlah terlalu besar dan tidak boleh diselesaikan," jelas Anuar lagi.

PAN bagaimanapun menghormati pandangan bekas menteri kabinet itu yang disifatkan sebagai pandangan peribadi semata-mata.

"Tidak patut dia (cakap begitu) itu kenyataan peribadi dan kita hormat itu kenyataan peribadi," katanya.

Sekiranya ini berlaku, kerajaan Negeri Selangor pimpinan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali secara tidak langsung akan turut terkesan.

Mengulas mengenai perkara itu, Anuar dengan tegas berkata hubungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan tetap berjalan dengan lancar dan perselisihan itu tidak sampai ke tahap membawa 'kerosakan' kerajaan negeri Selangor.

"Kami (PAN) tidak setuju dengan cadangan itu, kita di DAP dan PAN serta PKR masih punya hubungan yang baik. Hal-hal yang kecil ini tidak timbul masalah besar.

"Kita akan selesaikan dan cuba perbaiki dalam apa keadaan pun. Dunia belum kiamat lagi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana