Ini sebab sebenar Adenan batal kempen...

Tan Sri Adenan Satem muncul dalam sidang media di Wisma Bapa Kuching lewat petang Khamis sekaligus melenyapkan desas-desus mengenai tahap kesihatan beliau.
Sebelum ini, banyak khabar angin termasuk dikalangan petugas media bahawa tahap kesihatan Adenan merosot teruk selepas kempen panjang pilihanraya negeri Sarawak.

Adenan membatalkan semua acara kempen sebelum setiausaha akhbarnya Ambrose Cheng menghantar notis petang Khamis bahawa sidang media Ketua Menteri Sarawak akan dibuat mengikut jadual.

Untuk rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggantikan Adenan untuk program-program yang dibatalkan.

Dalam sidang media petang Khamis, soalan mengenai tahap kesihatannya ditanya pemberita, kata Adenan beliau mengalami demam dan sakit kepala.

Justeru itu Adenan berkata, beliau terpaksa membatalkan semua programnya hari ini selepas mendapat nasihat doktor.

“Sejak tiga minggu ini jadual saya sangat padat. Malam tadi saya mengalami pening kepala dan demam.

“Doktor menasihati untuk saya berehat sehari dan petang ini saya berjumpa dengan anda semua,” katanya..

Beliau sempat berseloroh kepada media dengan berkata “Saya kelihatan kacak seperti selalu”.

Menurut Adenan yang berusia 72 tahun itu berkata, beliau menghargai kehidupan yang diberikan tuhan kepadanya.

“Saya menghargai kehidupan saya, saya pernah rasa hampir nak mati tiga tahun lalu, (tapi) tuhan memberikan rahmat dan kini saya di sini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana