Hina PM: Sanusi Junid Ajar Anaknya Kurang Ajar?


Pihak polis perlu segera menjalankan siasatan dan pemantauan ke atas Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, iaitu anak kepada bekas Menteri Kedah Tan Sri Sanusi Junid ekoran kenyataan yang bersifat tuduhan dan fitnah beliau di dalam Twitter.

Beliau dalam laman sosial Twitter, semalam mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pembohong dan penyamun.

“Kata la @NajibRazak tu penyamun ka, pembohong ka, baru betui!!,” kata beliau dalam loghat negeri Kedah.

Akhramsyah sebelum itu berkomunikasi dengan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkenaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau seakan mempersoalkan tindakan Ramesh yang sering mengatakan Dr Mahathir mengalami masalah mental dan kadangkala mengatakan bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu sudah agak gila.

Bagi Akhramsyah, beliau sudah pastinya sealiran dengan bapanya Sanusi kerana bapanya merupakan penyokong kuat Dr Mahathir ketika ini dan aspirasinya untuk menjatuhkan Najib dan Barisan Nasional (BN).

Selepas beberapa jam menulis tweet yang awal, Akhramsyah kemudian mengakui dirinya memang menuduh Najib sebagai penyamun dan pembohong.

“Ya, saya memang dok kata @NajibRazak penyamun dan pembohong,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana