Giler Betul Buat KEnyataan Begini.....Kerajaan BN Hanya Boleh Ditumpaskan Dengan Rusuhan Besar-besaran – PAN

Itu kata-kata Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Mohd. Ithnin bagi menghasut orang ramai mengulingkan kerajaan melalui demontrasi dan rusuhan jalanan ala ‘arab spring’

Dakwa beliau, adalah mustahil kerajaan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan melalui sistem demokrasi tetapi usaha itu boleh tercapai melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran oleh rakyat.

“Hampir mustahil untuk pilihan raya ‘membenarkan’ BN dikalahkan. Justeru, berhenti jadi Mat Jenin. Usah sebut laluan rasmi demokrasi jika instrumen demokrasi menjadi senjata mereka yang berkuasa.

“Lantas bagaimana? Takkan jalan raya sekali lagi? Jawapannya, ya dan tidak. Ya, jika rakyat nekad berhari-hari di jalan raya. Tidak, jika berhimpun setengah hari kemudiannya balik makan kuaci. Pemandu-pemandu teksi telah bermula semalam. Riak-riak yang membawa pada gelombang besar ini harus terus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Shazni Munir, Pakatan Harapan dan seluruh penyokong pembangkang sedang ternanti-nanti demonstrasi besar yang akan digerakkan rakyat secara ‘genuine’ untuk menumbangkan BN di jalan raya.

Katanya, beliau percaya ramai rakyat Malaysia yang masih belum pernah keluar dan beraksi akan menyertai gelombang bagi melumpuhkan kerajaan sedia ada tersebut.

“Sementara menunggu gelombang besar-besaran rakyat, mungkin boleh regangkan badan dahulu dalam Himpunan #UndurNajib #MansuhGST pada 2 April ini.

“Anggaplah himpunan ini sebagai pemanas badan pada kerja-kerja ‘kurang ajar’ yang telah dan sedang disusun,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana