Dr Mahathir nak ‘kacau daun’ di Sungai Besar dan Kuala Kangsar…

Dendam membara Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya sudah tiada sempadan.Setelah mengajak kalahkan BN pada pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ,bekas Perdana Menteri itu melangkah lebih jauh.

Penduduk di kawasan dua pilihanraya kecil itu akan menyaksikan beliau sendiri akan ‘ kacau daun’ turun padang untuk berkempen bagi mencapai matlamat itu.

Langkah beliau enter frame ini dijangka akan menghangatkan lagi kempen pilihanraya kecil kali ini yang akan berlangsung dalam bulan puasa.

Untuk tujuan itu beliau akan membantu kempen pada mana-mana calon yang bertanding menentang calon BN…samaada dari Pakatan Harapan ataupun PAS.

Hal ini dimaklumkan oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kepada laman web Malaysiakini, Isnin.

Khairuddin yang kebelakangan ini bertindak seolah jurucakap kepada Dr Mahathir kata bekas Perdana Menteri itu sangat konsisten mahu BN dikalahkan.

“Tun Mahathir kata dia nak turun Kuala Kangsar dan Sungai Besar,” katanya.

Ada pemerhati menilai langkah Dr Mahathir sendiri nak turun seolah mengambarkan beliau tidak menaruh keyakinan langsung pada gerak kerja Pakatan Harapan atau PAS untuk menentang BN.

Beliau yang beraksi seolah Ketua Pembangkang sebelum ini telah meminta pembangkang bersatu tenaga untuk mengalahkan BN.

Dr Mahathir juga berharap berlaku pertandingan satu lawan satu dengan BN untuk mengelak senario pilihanraya negeri Sarawak berulang.

Bekas Perdana Menteri itu dikatakan cukup kecewa melihat BN menang cemerlang pada pilihanraya kecil itu.

Malah beliau cuba memperlekeh Perdana Menteri dengan mendakwa kejayaan cemerlang  itu semata-mata kerana faktor Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Kebelakangan ini tindak tanduk Dr Mahathir yang jelas hendak mengkhianati bekas parti yang mendokongnya bertahan selama sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun telah mencetuskan kemarahan ramai kalangan ahli parti komponen BN khususnya UMNO.

Ini termasuk semasa tentangan paling sengit semasa zaman Reformasi yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan krisis pengharaman UMNO selepas pemilihan parti tahun 1987.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana