Deklarasi Mahathir : Palsukan Tandatangan Jutaan Rakyat?

AKHIRNYA terbongkar juga isu pemalsuan jutaan tandatangan dalam “Deklarasi Mahathir”. Satu video pengakuan bersumpah Azharuddin bin Othman @ Abdullah, seorang pengaturcaraan komputer bebas secara sambilan kini viral di media sosial.

Pengakuan bersumpah tersebut dibuat berhubung penipuan/pemalsuan tandatangan untuk Deklarasi Mahathir. Beliau mengaku akan dibayar RM 5 ribu oleh individu yang menggunakan nama Ratu Naga untuk Database pilihanraya namun hingga ke saat ini, beliau hanya menerima bayaran sebanyak satu ribu ringgit sahaja.

Selain daripada itu juga, Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) turut membuat kenyataan akhbar berkenaan perkara tersebut. Menurut SAMM Deklarasi Rakyat adakah deklarasi Mahathir kerana diakui secara langsung mahupun tidak langsung oleh banyak pihak termasuk Dato Ambiga dalam Debat Perdana (16 Mei 2016) di Kuala Lumpur yang menyatakan dia sendiri diberi hanya 4 hari untuk bersetuju dengan teks deklarasi yang telah ditulis lebih awal yang diserahkan kepadanya. Jelas ia ditulis oleh Mahathir dan semua ‘terpaksa’ hanya diberi 4 hari bagi membuat pindaan minima sebelum tandatangan. Memandangkan dari aspek masa deklarasi yang disusun Mahathir maka ia layak dipanggil Deklarasi Mahathir.

Deklarasi ini sendiri hilang arah kerana memberikan persepsi kepada rakyat bahawa perlu kumpul tandatangan bagi diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi menyingkirkan Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia. Tidakkah mereka sedar Mahathir sendiri yang telah mencabut kuasa Raja –Raja Melayu dan bukan sahaja sejuta tandatangan malah 10 juta pun tidak akan mencapai matlamat tersebut.

Namun semua itu tidak dipedulikan oleh kumpulan pro Mahathir ini. Mereka mengumumkan akan kumpulkan 1 juta dan dalam pada masa yang singkat tiba – tiba diumumkan oleh anak Mahathir, Mukhriz bahawa dalam masa 2 minggu tandatangan sudah mencapai 1 juta. Beberapa hari kemudian dalam satu sidang media dibuat pula satu sidang media menyatakan sudah mencapai 1.2 juta tandatangan dan bersedia untuk ke Istana.

Tentu ramai pelik kerana ketika itu kebanyakan orang politik termasuk aktivis sedang sibuk memberikan perhatian untuk Pilihanraya Negeri Sarawak dan Mahathir sendiri tidak mahu ke Sarawak kerana tidak mahu Bn kalah dalam PRN tersebut. Maka bagai mana boleh dalam masa sangat singkat begitu besar jumlah tandatangan terkumpul. Saya sudah bisikkan kenapa beberapa teman yang ghairah sangat dengan angka tersebut agar berhati – hati kerana mungkin mereka tertipu dengan pasukan Mahathir.

Akhirnya beberapa hari lepas muncul beberapa teman muda yang ada antaranya saya pernah kenal walaupun tidak rapat sebelum ini. Mereka menceritakan bagaimana mereka terlibat dalam membekalkan sejuta ‘data base’ dalam tujuan memalsukan tandatangan rakyat Malaysia dalam memorandum Deklarasi Mahathir itu. Mereka dijanjikan sejumlah wang untuk berbuat demikian namun setelah melengkapkan kerja mereka tidak dibayar seperti dijanjikan. Namun setelah beberapa hari meneliti beberapa perkembangan termasuk surat panjang Anwar maka mereka dengan kesedaran bertemu SAMM dan mahu muncul menyatakan kebenaran.

SAMM meminta mereka membuktikan mereka serius dengan mencetak semua bukti dan membuat akuan bersumpah. Mereka lakukan semalam dan hari ini mereka hadir dalam sidang media. Tahniah SAMM ucapkan kepada mereka.

Apa yang berlaku cukup memalukan, SAMM bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir. SAMM yakin watak seperti Dato’ Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan beberapa nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah yang SAMM jelaskan dari awal Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah. Mereka ini ialah penganut politik ‘Machiavelli’ yang tegar dan akan melakukan apa juga demi matlamat mereka.

Belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir. Nasihat SAMM pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan.

Berdasarkan kepada pengakuan bersumpah Azharuddin bin Othman @ Abdullah dan kenyataan akhbar SAMM tersebut maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa berjuta tandatangan dalam deklarasi Mahathir telah dipalsukan dan Mahathir bersama pemimpin pembangkang yang lain telah menipu rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana