DAP Tipu Rakyat Pasal GST

GST adalah antara senjata utama kempen DAP di Sarawak selain isu-isu berkaitan sentimen anti Semananjung (DAP sendiri dari Semenanjung), tanah adat, agama, kaum dan sebagainya.  Untuk GST ini saja, 2 perkara DAP bohong rakyat, yang pertama konon kerajaan persekutuan akan naikkan GST kepada 10% kalau BN menang balik dan Pulau Pinang takde GST.

Dua-dua ini pembohongan besar.  Menteri yang berkaitan dah sahkan tidak ada perbincangan ke arah itu (naikkan GST).  Lagipun baru setahun lebih sikit GST ni dilaksanakan, takkan nak naikkan dah sekalipun terbukti ia tidak memiskinkan sesiapa di negara ini.

Kerajaan persekutuan dan BN patut saman DAP sebab tipu rakyat dalam hal ini.  Macam dia (DAP) pulak kerajaan di Putrajaya sampai tahu GST nak naik ke tidak.

Apa pun, kita hairan kenapa DAP guna pembohongan ini dan berdiri teguh di atasnya sekalipun dah tahu itu semua bohong besar.  Pulau Pinang takde GST tu terang-terang punya pembohong, dia ingat rakyat hari ini bodoh macam zaman dulu ke.  Nak tipu pun agak-agaklah.

Lagipun, apa yang DAP boleh buat tentang GST di Sarawak?  Dia nak hapuskan ke, dia nak kurangkan ke, kalau ya, macam mana?  GST adalah undang-undang nasional dimana Sarawak pun tertakluk, sama seperti undang-undang yang memberikan Sarawak royalti dan sebahagian kuasa autonomi hari ini.

Nampaknya penulis betul lagi, berlumba-lumba betul parti-parti pembangkang menipu rakyat dalam kempen pilihanraya kali ini bila mana sepatutnya inilah waktu mereka berlaku jujur dengan rakyat untuk memenangi sokongan mereka.

Rakyat patut hukum mereka 7hb nanti.  Penipu-penipu ni semua tak boleh dibenarkan makan wang rakyat (elaun dan kemudahan sebagai ADUN) dengan cara menipu rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana