DAP bakal hilang tujuh kerusi tanda Kit Siang akui ketokohan Adenan Satem

SHAH ALAM: Kenyataan Lim Kit Siang bahawa DAP bakal hilang separuh jumlah kerusi mereka menangi pada pilihan raya Sarawak lalu menunjukkan penasihat parti itu mengakui ketokohan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk menggugat kedudukan parti pembangkang berkenaan di Sarawak.

Penganalisis politik Datuk Seri Azman Ujang berpandangan, pengakuan itu menunjukkan DAP sudah mula kehilangan pengaruh di kalangan pengundi Cina yang dahulunya memberikan sokongan kepada DAP pada PRN yang lalu.

"Dia (Lim Kit Siang) yakin dan mengakui bahawa mereka akan kalah beberapa kerusi, dan ini menunjukkan kejayaan (Tan Sri) Adenan menarik balik undi yang hilang dairpada pengundi Cina. Dulu (BN) hilang banyak kerusi, DAP menang 12 kerusi.

"Itu satu pengakuan oleh Kit Siang maknanya dia telah nampak akan ada peningkatan undi di bahagian BN," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Terdahulu, Kit Siang ketika berkempen di Sibu hari ini berkata DAP mungkin akan kehilangan tujuh daripada 12 kerusi yang dimenangi mereka pada 2011 atas faktor ketokohan Adenan Satem yang menerajui BN negeri berkenaan.

Menurut Kit Siang, Barisan Nasional (BN) kini giat menarik perhatian pengundi dengan wang dan menggunakan faktor  Adenan sebagai alat berkempen di Sarawak.

"Ini diakui sendiri oleh pemimpin (DAP), ini pengiktirafan kepada keberkesanan kepimpinan Adenan," kata Azman.

Penganalisis kelahiran Sarawak itu turut menambah, BN seharusnya merebut peluang ini dan menggerakkan jentera mereka dengan lebih kuat lagi bagi 'membenarkan' kenyataan Kit Siang itu.

"Ini pengakuan dan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan (Tan Sri) Adenan Satem yang banyak menarik perhatian ramai termasuk pengundi Cina yang dulu tidak memberikan sokongan kepada BN, 12 kerusi dimenangi DAP.

"Kali ini memang lain sikit keyakinan BN dan mempunyai peluang cerah untuk mengambil (kembali) kerusi yang mereka kalah pada 2011," katanya.

Kit Siang turut berkata tujuh kerusi berkenaan dilaporkan akan kembali ke tangan BN akibat persempadanan semula daripada 12 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dimenangi DAP dalam pilihanraya negeri yang lalu.

Pada PRN lalu, DAP berjaya memperoleh 12 kerusi daripada 15 yang ditandingi mereka.

Kerusi-kerusi berkenaan adalah Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawa, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Kidurong, Piasau, dan Pujut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana