Buat kenangan manis bergambar di Rumah Banglo Lim Guan Eng,..Destinasi Pelancongan yang menarik di Pulau Pinang.


Banglo terlajak murah Lim Guan Eng Ketua Menteri Dap Pulau Pinang cukup popular malah menjadi sebutan di seluruh negara.

Banglo terlajak murah di Jalan Pinhorn ini bukan saja menarik pelancong tempatan malah dari negeri lain.

Aku cadangkan pihak kementerian pelancongan menjadikan banglo ini salah satu lokasi wajib untuk pelancong melawat kerana keunikannya yang lain dari lain. Apatah lagi senibinanya yang ringkas tanpa kolam renang menjadikan ia unik dan terlalu murah dari harga pasaran.

Akhbar berbahasa cina tempatan menyiarkan gelagat pelancong yang tidak melepaskan peluang bergambar kenang kenangan dihadapan banglo terlajak murah ini.

Jika berkunjung ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang untuk pergi melawat ke rumah banglo terlajak murah ini.

Aku berharap Lim Guan Eng tidak mengenakan apa apa bayaran kepada pengunjung kerana secara tidak langsung dengan menarik ramai pelancong sedikit sebanyak dapat membantu menaikan ekonomi tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana