Boleh Percaya Ker MAngkuk Mangkuk Ini? Tun M jumpa MP pembangkang tapi tidak bincang isu parti

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli Parlimen pembangkang di pejabatnya, hari ini.

Menurut Mahathir, pertemuan itu bertujuan untuk mendengar sendiri pandangan wakil-wakil rakyat pembangkang mengenai masalah-masalah yang sedang melanda negara.

"Kita ada perjumpaan hari ini dengan wakil rakyat parti-parti lawan namun mereka tidak mewakili parti mereka kerana mereka tidak mendapat surat tauliah daripada parti mereka.

"Jadi, mereka bebas untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja. Tujuan saya mengadakan perjumpaan ini untuk mengetahui apa pandangan wakil-wakil rakyat parti lawan dalam masalah yang sedang melanda negara kita ini iaitu masalah cetusan Najib," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Tegasnya, isu parti langsung tidak disentuh dalam pertemuan itu.

"Kita bukan cakap soal parti kita, parti dia tapi kita bercakap berkenaan rakyat melawan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak). Soal parti kita tak bangkitkan," katanya.

Antara pemimpin yang hadir ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari‎; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Turut serta adalah Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusoff Rawa; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana