BN sasar majoriti lebih besar pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar - Najib

Barisan Nasional (BN) mensasarkan majoriti lebih besar pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak pada 18 Jun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata: "Kita berharap yang terbaik, kita tidak boleh mengambil mudah. Kita perlu bekerja kuat, bekerja sebagai satu pasukan dan fokus dalam mencapai keputusan sebaik mungkin".

Najib berkata kejayaan BN pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini akan menjadi teladan kepada jentera BN untuk dua PRK akan datang ini.

"Kita akan mangambil maklum faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan BN di Sarawak, semoga ia dijadikan sebagai teladan dan juga panduan kepada negeri-negeri lain, bagaimana BN harus membuat persiapan dan tindakan sehingga boleh mencapai kejayaan yang diharapkan," katanya.

Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Najib yang juga presiden UMNO berkata mesyuarat itu juga membincangkan mengenai persiapan PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar dan semua jentera BN di peringkat bahagian telah bersiap sedia untuk PRK berkenaan.

"Anggota jentera BN juga mempunyai semangat tinggi dan bermotivasi untuk bekerja keras bagi mencapai kemenangan dan memastikan BN mempertahankan kerusi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, akan mengetuai jentera PRK BN bagi kedua-dua kerusi Parlimen itu.

Timbalan Perdana Menteri itu akan dibantu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO yang lain.

Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Perhubungan BN Negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menjadi pengarah PRK Kuala Kangsar manakala Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar akan menjadi pengarah PRK Sungai Besar, kata presiden UMNO.

Menjawab satu soalan, Najib berkata pilihan raya kecil tidak boleh menjadi referendum kepada kepimpinan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana