Biar Betul Ni.....Azmin “Merajuk” Di Sungai Besar

Menariknya, PKR yang digembar gemburkan turut mahu meletakkan calon di kerusi Parlimen ini, nampaknya mungkin tidak menjadi kenyataan. Ini dibuktikan dengan keadaan semasa yang berlaku di Parlimen ini dimana tiada walau satupun bendera PKR berkibar di sini. Sebaliknya, bendera Parti Amanah Negara menghiasi sepanjang jalan di Parlimen ini.

Melihat kepada keadaan yang berlaku, penulis berpeluang bertanya dengan beberapa orang penduduk setempat terutamanya para penyokong pembangkang. Jawapan yang diterima cukup mengejutkan apabila dimaklumkan, Datuk Seri Azmin yang dilihat begitu beriya-iya mahu meletakkan calon PKR di kerusi ini dikatakan telah merajuk dan memulaukan pilihan raya kali ini.

Menyangka ianya hanya propaganda murah PKR, soalan yang sama diajukan kepada penyokong PAN. Seperti jawapan yang diterima sebelum ini, memang Azmin benar-benar merajuk dan memulaukan pilihan raya kecil ini. Alasannya, PAS dan PAN enggan akur kepada kehendaknya untuk membiarkan PKR meletakkan calon mereka.

Malah, menurut seorang penyokong PAN yang hanya mahu dikenali sebagai Basiron, dia mendakwa, Azmin telah menyekat segala peruntukan yang dicanangkan ke Parlimen ini seperti peruntukan berbuka puasa di setiap Masjid di Parlimen Sungai Besar, peruntukan membaik pulih masjid dan surau usang dan sebagainya.

Malah, menurut dia lagi, Azmin telahpun menutup semua bilik gerakan yang beliau buka sejak 7 Mei lalu. Dia yang juga pemilik sebuah homestay di sini turut mendedahkan Azmin telah membatalkan semua tempahan hotel, chalet, homestay dan rumah-rumah sewa yang dikatakan bakal menempatkan jentera PKR di sini.

Apa yang sebenarnya yang berlaku? Azmin dilaporkan tidak dapat menerima sokongan yang ditunjukkan oleh DAP dan kem Datin Seri Wan Azizah yang lebih memihak PAN berbanding keputusan beliau untuk meletakkan calon PKR bertanding. Malah, beliau dikatakan tidak merestui PAN bertanding walaupun dikhabarkan PAN bakal meletakkan Presidennya, Mat Sabu sebagai calon di kerusi ini.

Nampaknya, konflik yang berlaku di Sungai Besar bukan hanya melibatkan BN dan PAS sahaja, malah ianya turut membabitkan PKR dan PAN. Malah ianya nampak jauh lebih buruk daripada apa yang disangka. Andai beginilah sikap seorang Menteri Besar, tidak mustahil kedudukannya kini sememangnya berada dalam keadaan yang cukup bahaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana