Bakal Presiden Filipina memekak...kata PM tiada siapa boleh tuntut Sabah

Biasalah orang baru.Mungkin nak tunjuk lagak.Bakal Presiden Filipina Rodrigo Durterte yang baru menang pemilihan jawatan itu sudah memekak nak teruskan usaha tuntut Sabah yang didakwa milik kesultanan Sulu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya tidak ambil pot dengan gelagat Rodrigo yang dikenali kaki cakap ikut suka hati.

Baginya soal Sabah bukan lagi satu isu kerana pihak antarabangsa sudah iktiraf negeri itu sebahagian dari Malaysia.

"Dari segi undang-undang antarabangsa, tidak ada sesiapa boleh persoalkan. Oleh itu saya anggap ini bukan isu. Saya hendak menyatakan bumi Sabah ini kita tetap pertahankan, Sabah merdeka dalam Malaysi,”katanya.

Beliau menegaskan demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Pecah Tanah Pangkalan Operasi Hadapan (POH) Helikopter Lahad Datu dan Pangkalan Laut Tun Sharifah Ridziah (PLTSR) di Lapangan Terbang Lahad Datu sabtu.

Rodrigio dipetik media Filipina sebagai berkata di Davao City beliau mengitiraf tuntutan kesultanan Sulu terhadap Sabah dan akan meneruskan usaha berkenaan.

Perdana Menteri mengingatkan pihak luar berhenti mencabar kedaulatan Sabah.

Katanya Malaysia akan pertahankan setiap inci bumi sabah.

Beliau berkata status Sabah dalam Malaysia sudah diputuskan pada tahun 1963 menerusi pungutan suara dan Suruhanjaya Cobbold yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Kerajaan,katanya telah menambah anggota keselamatan dan menempatkan pelbagai aset ketenteraan sebagai cerminan negeri itu merdeka dalam Malaysia dan selari dengan komitmen itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana