Azmin dakwa tindakan Adenan satu penghinaan...Mangkuk Saja Buat Tak Faham


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa arahan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem supaya beliau menulis surat rayuan terlebih dahulu untuk memasuki negeri berkenaan, merupakan satu tindakan yang angkuh.

Menteri Besar Selangor itu berkata beliau akan tetap cuba memasuki semula negeri itu pada Rabu ini.

Ujar Azmin, arahan Adenan itu juga tidak akan dilayan.

"Saya tidak akan menulis surat rayuan untuk masuk ke Sarawak kerana arahan tersebut merupakan satu penghinaan kepada saya sebagai ahli Parlimen dan rakyat Malaysia.

"Tindakan Adenan itu juga sekadar ingin menunjukkan keangkuhan dan kuasa beliau sebagai ketua menteri,"  katanya kepada pemberita selepas berucap dalam Perhimpunan Sambutan Hari Pekerja di Wisma Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Subang Jaya, dekat sini hari ini.

Terdahulu, Adenan dalam kenyataannya semalam sedia menimbangkan permintaan untuk melanjutkan tempoh tinggal Azmin dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di negeri ini sehingga berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

Pejabat ketua menteri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan kesediaan Adenan mempertimbangkan perkara itu sekiranya ada permohonan rasmi dibuat kedua-dua pemimpin pembangkang itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana