Amboiiii Kasar Punya Bahasa “Azmin…Sarawak ni bukan negeri bapa, datuk kau”

Kuasa autonomi imigresen kerajaan Sarawak yang menghalang mana-mana yang ganggu keharmonian  daripada memasuki negeri ini bukan satu hal yang baru.Ia sudah termaktub dalam perjanjian penubuhan Malaysia tahun 1963.

Sebagai Menteri Besar Selangor dan orang lama dalam politik, Datuk Seri Azmin Ali sudah tentu sedia maklum mengenai peraturan itu.

Sarawak yang mempunyai autonomi imigresen, biasanya memberikan visa pelawat dari Semenanjung selama 90 hari.

Menjelang dan sepanjang kempen pilihanraya negeri Sarawak sekarang beberapa orang pemimpin pembangkang dan juga aktivis Barisan Nasional dari semenanjung telah dilarang masuk ke negeri itu.

Mungkin sudah tiada isu,apa lagi PKR sendiri sedang ‘ bergasak’ dengan DAP di enam kerusi hingga mencetuskan kemaluan kepada pekatan pembangkang itu,Timbalan Presiden PKR itu nampaknya terus nak jadikan kuasa autonomi imigresen kerajaan Sarawak sebagai isu.

Kalau Azmin fikir beliau garang, Timbalan Presiden PBB Datuk Abang Johari Abang Openg yang selama ini dikenali sebagai orang yang lembut sudah naik angin dengan gelagatnya menghentam Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Azmin  Sabtu lalu mempertikaikan kenyataan  Adenan yang memintanya menulis permohonan rasmi sekiranya mahu melanjutkan tempoh tinggal di Sarawak.

Ini setelah visa Azmin hanya sah selama tiga hari sehingga hari ini.

“(Sarawak) Ni bukan negeri bapa kamu, ni adalah milik rakyat Sarawak,” kata Azmin.

Pada satu majlis di Miri Isnin,Abang Johari  dilaporkan membalas balik : ““Azmin kata ni bukan negeri bapanya (Adenan).Biar saya jawab. Memang Sarawak negeri bapanya (Adenan), bukan negeri bapa kau, datuk kau (Azmin).”

Sementara itu Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat anggap Azmin sengaja mahu mencetuskan kontroversi isu sekatan imigresen itu bagi memanaskan kempen pilihanraya negeri.

Walhal,katanya , Azmin sudah sedia maklum dengan perkara itu kerana ia sudah terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan ketika Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963.

“Aspirasi rakyat Sarawak harus dijaga untuk menghalang individu tertentu yang datangnya dari luar Sarawak memasuki negeri ini terutama sekali mereka yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang kaum dinSarawak yang selama ini masih erat semenjak 1963.

“Orang lain tidak boleh campur tangan dalam hal ini dan isu ini. Kuasa penuh autonomi berkaitan hal imigresen adalah seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Masir kepada BNBBC.my portal pada Isnin.

Masir yang juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata kenyataan Azmin mempersoal kuasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang menghalang kemasukan individu tertentu ke Sarawak hanya kenyataan sia-sia.

“Meskipun persoalan Azmin ini di bawa ke mahkamah sekalipun ia tidak mendatangkan apa-apa.

“Mereka seperti ‘bigot fanatic’ agama dan rasis, pasti akan dihalang masuk ke Sarawak. Ketua Menteri mempunyai prerogatif ke atasnya dalam menentukan samada mahu membenarkan atau tidak kepada sesiapa pun yang mahu masuk ke negeri ini,” katanya.

Ahad, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan kerajaan negeri menghalang individu tertentu memasuki negeri ini, bukan dibuat berdasarkan kepentingan peribadi tetapi disebabkan aspirasi dan kehendak rakyat Sarawak.

Katanya Azmin disaran perlu mengkaji terlebih dahulu Perjanjian Malaysia 1963 sebelum mempersoal kuasa autonomi imigresen kerajaan Sarawak.

Menurut Dr Wan Junaidi  larangan itu hak kerajaan Sarawak bertujuan untuk menjaga kepentingan dan melindungi negeri daripada elemen yang boleh mengganggu keamanan dan kemakmuran.

“Dia (Azmin) perlu kaji dulu sejarah dan belajar mengenai kandungan Perjanjian Malaysia 1963… apa yang kita tidak mahu ialah tindakan pihak ini mengganggu keharmonian kita semata-mata nak menjual politik mereka di sini,” katanya.

Wan Junaidi berkata, keputusan kerajaan negeri menghalang individu tertentu memasuki negeri ini, bukan dibuat berdasarkan kepentingan peribadi tetapi disebabkan aspirasi dan kehendak rakyat Sarawak.

Katanya, kerajaan negeri tidak mengamalkan sikap berat sebelah kerana bukan sahaja menyekat pemimpin dan anggota parti pembangkang, malah juga Barisan Nasional (BN) daripada memasuki negeri ini.

“Cara kita berpolitik di sini berbeza dari Semenanjung, proses berkempen juga dijalankan secara aman tanpa sebarang kekacauan,” kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana