Amat terharu kata kata presiden PAS ini.....Biar Umno Terengganu selesai sendiri krisis MB, kata PAS


KUALA TERENGGANU: PAS mengambil pendirian untuk tidak mencampuri urusan dalaman Umno Terengganu, demikian menurut Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, parti itu memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan isu tersebut hingga tamat penggal tempoh mandat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Beri mereka peluang dan masa sehingga hujung penggal. Biarkan mereka sendiri yang menyelesaikan isu-isu yang timbul," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal Media malam tadi.

Beliau berkata kepada pemberita ketika ditanya mengenai pendirian PAS mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada negeri ini berikutan pelucutan gelaran 'Datuk Seri' terhadap Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.

Istana negeri secara rasmi telah mengumumkan pembatalan anugerah kebesaran itu oleh Sultan Mizan Zainal Abidin melalui satu kenyataan pada Isnin.

Rabu lalu, Ahmad yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir berkata, beliau akan meneruskan tugas seperti biasa dan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Mizan untuk membuat keputusan mengenai isu ini.

Malah spekulasi Menteri Besar akan ditukar bertiup kencang dengan beberapa nama calon pengganti turut tersebar luas di laman sosial.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana