Ahmad Zahid Selar Sikap Pembangkang Hanya Pandai Kritik Kerajaan


LAWAS, 30 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyelar sikap pembangkang yang hanya pandai mengkritik kerajaan dalam hal membabitkan kebajikan rakyat tetapi tidak melakukan sebarang usaha demi kebaikan rakyat.

“Mereka hanya kacau daun dan mainkan perasaan rakyat supaya benci kerajaan, sedangkan mereka tak buat apa-apa,” katanya pada Program Pemimpin Bersama Rela di Dewan Serbaguna Kampung Buduk Nur, Ba’kelalan, kira-kira 130km dari sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pembangkang tidak melihat usaha yang dilakukan kerajaan dan mereka (pembangkang) hanya pandai bercakap sahaja.

“Sewaktu saya menjadi Menteri Pertahanan, saya bawa masuk tentera bagi membina (Program) Jalan Jiwa Murni dari Lawas-Ba’kelalan tetapi apabila jalan itu rosak, Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) komplen, sedangkan dia wakil rakyat (ADUN Ba’kelalan sejak 2011 hingga DUN dibubarkan pada 11 April lepas) patut usahakan baiki jalan. Dia hanya pandai cakap, tapi tak pandai buat (kerja),” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yakin calon BN, Willie Liau, yang tewas dengan hanya 473 undi kepada Baru pada Pilihan Raya Negeri 2011, akan dapat merampas kembali kerusi Ba’kelalan itu.

“Lima tahun jadi wakil rakyat dah cukup buat Baru Bian. Kembalilah rakyat untuk menyokong BN,” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid pada majlis itu memakaikan pangkat Rela kepada sembilan ketua kampung dalam kawasan Ba’kelalan yang diberikan pangkat penolong penguasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana