Ahmad Razif kekal Menteri Besar Terengganu…PM dah mengadap Sultan

Isu kedudukan jawatan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman nampaknya beres.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengadap Sultan Terengganu semalam Sabtu.

Katanya Ahmad Razif kekal bertugas seperti biasa sebagai Menteri Besar.

Najib beritahu demikian dalam sidang akhbar khas selepas hadiri majlis sambutan Hari Pekerja Kebangsaan di PWTC pagi Ahad.

“Saya dan Tuanku sudah capai persefahaman dalam hal ini.Jadi Menteri Besar ( Ahmad Razif) terus pegang jawatan,”katanya.

Mengenai soal darjah kebesaran yang ditarik balik oleh Sultan Terengganu baru-baru ini,Perdana Menteri jelaskan soal itu adalah hak Sultan dan beliau tidak mahu sentuh mengenainya.

Kepada satu soalan mengenai pertemuan itu,Najib kata beliau tidaklah perlu beritahu dimana dan berapa lama beliau mengadap.

Secara berjenaka,Perdana Menteri kata itu adalah hal private antara beliau dan Sultan.

Beliau berharap dengan pengumuman ini tidak lagi timbul sebarang andaian mengenai kedudukan Ahmad Razif.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana