Ahli MT berhak usul pemecatan Muhyiddin, Mukhriz - Ab Rauf


KUALA LUMPUR: Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Ahli Majlis Tertinggi (MT) berhak menyuarakan pandangan dan mengemukakan usul pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada parti pada mesyuarat MT akan datang.

Ujar Ab Rauf, pandangan berkenaan juga selaras dengan rasa hormat pemimpin MT terhadap kepimpinan institusi Umno yang menerima pelbagai tohmahan dan fitnah yang menjejas reputasi parti itu.

"Sebagai contoh, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempunyai hak dan pandangan beliau sebagai MT.

"Apa sahaja hasrat yang hendak dibawa beliau (Nazri) tidak ada siapa yang boleh menghalang.

"Sekiranya ada anggota MT lain yang turut ingin mengemukakan usul sama, maka kita akan lihat keputusannya pada mesyuarat MT akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kebajikan Parlimen kawasan Masjid Tanah di Kampung Pulau di Alor Gajah, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nazri baru-baru ini yang berhasrat untuk mengemukakan usul pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz daripada Umno pada mesyuarat MT parti itu yang dijadualkan diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.

Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga Ketua Umno bahagian Masjid Tanah berkata semua pihak terutama ahli Umno diminta menghormati institusi parti di semua peringkat kepimpinan termasuk Presiden dan anggota MT.

"Walau apa jua kemelut yang melanda UMNO, ahli haruslah memberikan taat setia kepada parti dan kepimpinan parti," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana