unku Ismail, Khairy akhirnya bersemuka

KUALA LUMPUR 27 April - Selepas beberapa hari isu debat di antara Penasihat Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hangat diperkatakan, kedua-dua mereka akhirnya bersemuka hari ini.

Bagaimanapun, pertemuan yang diadakan di pusat latihan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak berlangsung ‘panas’ seperti yang dijangkakan, sebaliknya berjalan dengan baik, malah kedua-dua mereka menyifatkan ia sebagai pertemuan yang sangat positif.

Khairy dalam Twitter memuat naik foto pertemuan dengan Tunku Ismail bersama kenyataan gambar: “Pertemuan yang positif bersama DYAM Tunku Mahkota Pemangku Raja Johor hari ini. Kerjasama utk masa depan bola sepak.”

Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers (JST) pula melaporkan, pertemuan itu diadakan untuk membincangkan mengenai pembangunan bola sepak tanah air.
Tunku Ismail yang juga Tunku Makhota Johor (TMJ) berkata, perjumpaan tersebut membolehkan Khairy mendapat gambaran yang lebih jelas tentang sukan bola sepak, terutama projek JDT serta program-program belia yang beliau inginkan di negeri itu.

“Selepas perbincangan bersama Khairy, saya ingin mengucapkan syabas di atas usaha dan kerja kerasnya untuk sukan dan belia di negara ini.

“Perjumpaan ini amat positif di mana kami dapat duduk semeja, membincangkan hala tuju, berkongsi pendapat dan mendapat jalan penyelesaian untuk memperbaiki bola sepak tanah air serta program yang melibatkan belia,” katanya dalam Facebook JST, hari ini.

Dalam perjumpaan itu, Khairy turut dibawa melihat fasiliti dan kemudahan yang dimiliki oleh JDT seperti pusat latihan, gimnasium serta padang tertutup di Padang Seri Gelam.

Sebelum ini, Tunku Ismail pernah mencabar beberapa pihak, termasuk Khairy untuk mengadakan satu perbahasan bagi mengupas dengan lebih mendalam masalah kemerosotan bola sepak negara dan pihak yang perlu bertanggungjawab.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana