Tiga penumpang kurang ajar

Beijing: Polis di selatan China menahan tiga penumpang satu penerbangan selepas mereka memaki hamun, membaling makanan pada kakitangan syarikat penerbangan itu malah menampar muka seorang kakitangan kerana berang penerbangan tertangguh.

Video kejadian yang berlaku semalam di lapangan terbang di bandar Changsha, kini beredar di Internet, contoh terbaru kelakuan buruk penumpang penerbangan China.
Tiga penumpang itu kecewa selepas penerbangan mereka ke bandar peranginan Sanya ditangguhkan. Mereka, iaitu dua lelaki dan seorang wanita melepaskan kemarahan kepada kakitangan wanita dengan mencampakkan kotak makan tengah hari sebelum seorang lelaki menampar muka seorang kakitangan wanita.

Menurut laman web akhbar Parti Komunism, People's Daily, tiga penumpang itu sudah ditahan polis dan kes itu yang dianggap bukan jenayah membolehkan.mereka ditahan tanpa bicara selama sehingga dua minggu.

Bimbang dengan kejadian seperti itu, kerajaan China menyediakan senarai hitam penumpang penerbangan yang tidak beradab atau bahaya. Senarai itu didedahkan kepada umum dan syarikat penerbangan serta hotel boleh menolak untuk menerima mereka yang berada dalam senarai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana