Teliti gula-gula manifesto DAP Sarawak

DAP terus cuba menggula-gulakan rakyat Sarawak menerusi pembentangan 10 janji dalam manifestonya yang bertemakan Berani Ubah, Perkongsian Kekayaan Demi Rakyat bagi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).
Antaranya ialah menawarkan perkhidmatan bas awam percuma di bandar utama seperti Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu selain menambah bilangan bas hingga tiga kali ganda.

Turut disenaraikan ialah janji untuk melaksanakan perkongsian sumber hutan yang adil, perkongsian tanah oleh semua, mencipta peluang pekerjaan dan memperbaiki liputan internet.

DAP turut menjanjikan usaha menambah baik keselamatan, ketelusan dalam urus tadbir, perkhidmatan awam berbilang kaum, autonomi percukaian dan autonomi pendidikan.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, mendakwa manifesto parti itu lebih jelas dan tertumpu berbanding manifesto Barisan Nasional (BN) yang disifatkannya sebagai terlalu umum.

“Walaupun ada beberapa dasar populis diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini, beliau tidak melaksanakan penambahbaikan dan tidak melakukan perubahan dalam sistem,” katanya sewaktu mengumumkan manifesto DAP, di Kuching, Rabu.

Masalahnya, janji-janji melangit sebegitulah yang dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada penduduk Pulau Pinang sewaktu mahu meneruskan penguasaan kepimpinan DAP di negeri itu.

Persoalannya mahukah rakyat Sarawak menggadaikan masa depan mereka sepertimana yang dikesali penduduk Pulau Pinang kini.

Walau sehebat manapun Chieng Jen di Sarawak, beliau akan tetap tertakluk di bawah bidang kuasa Setiausaha Agung DAP yang menerajui kepimpinan DAP bersama bapanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Rakyat Sarawak sendiri tentunya boleh meninjau serta memeriksa janji dan rekod, malahan manifesto DAP Pulau Pinang yang dibuat dan dilanggar secara selamba Guan Eng sendiri.

Sila rujuk dan kaji janji yang dibuat DAP terhadap penduduk Kampung Buah Pala, rujuk dan kaji janji DAP berhubung isu tol Sungai Nyior, rujuk dan kaji janji DAP berhubung kadar air, lihat dan kaji juga janji DAP berhubung pemuliharaan alam sekitar sedangkan secara terang bukit-bukit di depan mata Guan Eng digondolkan  serta pelbagai lagi janji-janji melangit yang DAP taburkan sebelum secara tidak bersalah menipu rakyat.

Lihat dan kaji juga perilaku Setiausaha Agung DAP itu berhubung penjualan dan penukaran status tanah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Manggis yang digalang gantikan dengan banglo harga murah yang dibeli Guan Eng.

Sekali gus, wajarlah warga Sarawak bertanya kepada diri sama ada mereka bersdia menggadaikan bumi kenyalang kepada golongan rasis lagi rakus yang selama ini hanya bijak menuding jari menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri terpalit najis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana