Pihak Pembangkang Saja Buat Tuduhan Kata Akan Dilantik Kroni PM Saja....Pelantikan Muhammad Sebagai Gabenor Positif - Dr Zeti

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor baharu bank pusat itu sangat positif kepada negara.

"Beliau yang merupakan sebahagian daripada pasukan dasar kami di bank pusat ini akan dapat meneruskan kesinambungan dan kepastikan yang sangat diperlukan dalam tempoh yang tidak menentu ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Zeti berkata beliau mempunyai keyakinan tinggi ke atas keupayaan Muhammad untuk mengetuai BNM pada masa hadapan.

Muhammad, 56, yang kini Timbalan Gabenor dilantik mengetuai BNM selama tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei, 2016.

Beliau menyertai BNM pada 1984, dan memegang jawatan timbalan gabenor sejakJ un 2010.-Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana