Padan Muka Kau...Wartawan: Kertas Siasatan Dihantar ke Jabatan Peguam Negara

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung laporan seorang wartawan portal semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak yang dianggap  boleh mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengingatkan semua pihak termasuk pengamal media agar tidak menyentuh perkara sensitif terutama berkaitan isu agama dalam kempen tersebut.

"Kita sudah panggil dia dan berbincang dengan pihak Jabatan Peguam Negara tentang apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka. Ini bukan sahaja kepada pengamal media malah kepada semua pihak kerana isu agama merupakan perkara sensitif.

"Oleh kerana kamu hendakkan undi, kamu cuba mainkan isu. Saya perlu sebut kamu bermain dengan api, kami tidak akan benarkan," katanya pada sidang media selepas melancarkan pasukan Polis Bantuan Koperasi PDRM bersama ERM International Property Management, di sini, Selasa.

Pada Ahad lepas, polis Sarawak mengesahkan mereka telah membuka kertas siasatan terhadap seorang wartawan Malaysiakini berhubung laporan berita bertajuk 'Undi BN untuk pastikan umat Islam jadi KM Sarawak' yang dipetik di luar konteks ucapan Anggota Dewan Undangan Negeri Nangka, Dr Annuar Rapaee di Sibu.

Sebanyak enam laporan diterima di Sibu berhubung laporan berita Malaysiakini itu.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan dua suspek yang dikatakan anggota polis yang memeras wang daripada seorang pelajar sekolah seperti yang tersebar di dalam video berdurasi 51 saat.

Beliau berkata setakat ini pihaknya menemui kesukaran menjejaki suspek dan mangsa yang terlibat memandangkan mangsa tiada membuat laporan polis.

"Kita telah buat semakan. Kita masih belum berjaya kesan dan saya percaya suspek bukannya anggota polis. Kalau perbuatan anggota polis, kita boleh kesan dengan cepat.

"Namun saya tidak mahu buat tuduhan lain pula, biar kita teruskan kepada badan-badan beruniform yang lain termasuk polis bantuan, kadet sekolah atau sukarelawan polis siswa/siswi (SUKSIS) dan kita buat siasatan menyeluruh," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana