Mesyuarat Exco Terengganu berjalan seperti biasa...

Di sebalik berbagai desas-desus yang berlegar sehari dua ini berkaitan kedudukan menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman, beliau pagi Khamis masih mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri.

Indikasi ini jika mengambil kira perkembangan politik semasa menunjukkan tidak ada perubahan kedudukan MB dalam masa terdekat.

Walaupun difahamkan Ahmad Razif bersedia melepaskan jawatan jika diminta berbuat demikian oleh pucuk pimpinan.

Perdana Menteri Datuk Seri najib Razak dijadualkan akan mengadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum membuat apa-apa pengumuman.

Bernama melaporkan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Terengganu berjalan seperti biasa pagi ini di Wisma Darul Iman dengan dipengerusikan Ahmad Razif.

Kesemua barisan Exco hadir pada mesyuarat itu.

Ahmad Razif tiba di Wisma Darul Iman dengan kenderaan rasminya pada kira-kira 9.25 pagi.

Beliau yang memakai kemeja berwarna putih dan tali leher berwarna biru kelihatan ceria dan turut menyapa wartawan yang menunggu sejak 8.30 pagi.

Beliau kemudiannya masuk ke bilik mesyuarat bersama-sama semua sembilan Exco bagi mengadakan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat 22 April, dan perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada Isnin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana