Itulah Saja Kata Kata Yang Boleh Dikatanya.... Rafizi Minta Maaf Pada Rakyat Atau DAP?

Rafizi dilaporkan telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia khususnya di Sarawak apabila berlaku pertembungan di antara parti di dalam Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri yang berlangsung di bumi kenyalang.

Jika dirujuk pada kenyataannya di Facebook, Rafizi ada menyebut tentang ‘kemarahan’ dan ‘ketelanjuran emosi’. Lalu diungkapkan pula firman Allah SWT dari surah Al-Maaidah yang menganjurkan umat Islam supaya berpegang dan menunaikan janji.

Penulis yakin, berkemugkinan besar tulisan Rafizi itu merujuk pada pertembungan antara PKR dan DAP yang sedang berebut kerusi Dun Sarawak pada PRN ke-11 yang sedang hangat berlangsung di sana.

Selalunya, hanya mereka yang melakukan kesalahan saja yang akan meminta maaf. Penulis menyimpulkan bahawa kenyataan permohonan maaf Rafizi itu ditujukan kepada rakyat. Maksudnya, PKR telah melakukan kesalahan pada rakyat.

Penulis musykil, siapakah yang dimaksudkan Rafizi dalam soal ‘kemarahan’ dan ‘ketelanjuran emosi’ itu. Siapakah yang ‘marah’ dan siapakah yang ‘telanjur emosi’? Adakah Rafizi maksudkan adalah Ahli Parlimen DAP, Ng Wei Aik yang menghamburkan ‘Ask PKR to go to hell’?

Rafizi minta maaf pada siapa sebenarnya? Rakyat atau DAP? Siapa yang mencetus kemarahan siapa? Siapa yang terlanjur emosi? Pada penelitian penulis, rakyat memang tidak peduli pun pertembungan antara DAP dan PKR di Sarawak. Tiada siapa yang peduli, ketawa adalah…

Kemudian Rafizi mengungkapkan ayat Al-Quran yang menyebut tentang ‘menepati janji’? Siapa pula yang tidak tepati janji? Rakyat yang tidak tepati janji, atau DAP dan PKR sendiri yang sebenarnya tidak menepati janji yang mereka persetujui sebelum ini?

Apakah Rafizi fikir DAP peduli pada firman dan seruan Allah di dalam Al-Quran? Jika benarlah DAP peduli dan titik beratkan seruan Allah, penulis percaya semua pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah peluk agama Islam. Mungkin nama pun sudah jadi ‘Abdullah Kit Siang’ dan ‘Mohamad Guan Eng’.

Pada pandangan penulis, apa yang dinyatakan Rafizi di Facebook itu hanya akan mengeruhkan lagi pertikaian di antara DAP dan PKR. Rafizi seolah-olah cuba memanjangkan cerita tentang pergaduhan mereka di sana.

Apakah Rafizi fikir dengan membuat kenyataan seperti itu maka ia akan meredakan kemarahan DAP terhadap PKR? Di depan media dan rakyat yang malas berfikir, mungkin boleh jual temberang. Tapi jangan main-main dengan DAP.

Apakah Rafizi lupa apa yang pernah diungkapkan mendiang Karpal Singh terhadap ‘dewa PKR’, Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Masih ingatkah lagi Rafizi pada kata-kata ‘Anwar Ibrahim harus bertaubat!’? Cuba Rafizi cari ayat-ayat sebelum ayat tersebut…

Pada pandangan penulis, bukan hanya DAP di Sarawak, malah DAP di semenanjung ini pun mereka tidak akan sesekali tunduk pada sesiapa, sama ada PKR mahupun Tun Dr Mahathir Mohamad. Memang itu pendirian dan sikap tradisi semulajadi DAP…

Pada pandangan penulis, DAP hanya akan beri kerjasama HANYA sekiranya tindakan yang hendak dilakukan itu tidak bertentangan dan menguntungkan dasar parti tersebut. Cuba rujuk sejarah Pakatan Rakyat yang sudah tinggal batu nisan. Bila PAS sentuh soal hudud dan negara Islam, melenting-lenting DAP dibuatnya!

Jadi pesan penulis pada Rafizi, tidak perlulah ‘jual minyak angin’ konon minta maaf pada rakyat. Pergilah melutut pada DAP, ‘kowtow’ dan ciumlah kaki mereka jika itu mampu membuat DAP maafkan PKR.

Cuma penulis harap, DAP tidak akan ‘sekolahlan’ Rafizi dengan firman-firman Al-Quran tentang menepati janji. Hakikatnya, DAP memang tidak peduli tentang dosa atau pahala kerana mereka bukan Islam. Tapi Rafizi beragama Islam bukan? Kenapa tidak tepati janji?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana