Gaduh di Sarawak merebak ke P.Pinang... Pejabat Guan Eng belasah ADUN PKR

Tiada manis dalam madunya. Tiada hangat di dalam dakapnya... Biarku memujuk biarku merayu, telah ku tabur kasih dan cinta, telah ku sembahkan semua kelam... Masih hambar...
Mungkin bait-bait lirik lagu popular Berpisah Jua nyanyian Ziana Zain itu dapat menggambarkan pergolakan antara PKR dan DAP yang berkongsi kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

Sejak 2008, apa yang DAP mahu diturut oleh PKR... macam orang baru bercinta, berkorban jiwa raga kini selepas lapan tahun mula, ahli-ahli PKR mula pertikai, mengapa parti itu sahaja yang kena ikut kehendak DAP dan sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara,  'tembak-menembak' secara terbuka sudah tidak dapat dielak.

Kisah di Sarawak tidak habis di Sarawak, berjangkit pula di Pulau Pinang selepas ADUN PKR Penanti Dr Norlela Ariffin yang mendakwa kerajaan negeri tidak efisyen dalam menyelesaikan masalah kawasan beliau.

Ini bukan kali pertana Dr Norlela membuat kenyataan terbuka... kalau ingat lagi, pada November 2015 beliau pernah menangis dalam sidang DUN merayu peruntukkan untuk kawasannya yang terletak di Seberang Perai Utara.

Kenyataan terbuka beliau tidak disenangi DAP... Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada meluahkan rasa kesal dengan tindakan Dr Norlela itu.

Dalam satu kenyataan, pegawai khas kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Abd Wahab Long berkata untuk Agenda Ekonomi Saksama (AES) Dr Norlela tidak pernah merujuk kes-kes keluarga miskin kepadanya dan hanya cari publisiti di suratkhabar dengan dakwaan yang tidak berasas.

"Untuk makluman, DUN Penanti hanya mempunyai seramai 48 penerima AES."

"Sepatutnya, ADUN Penanti itu harus menjalankan tanggungjawabnya membantu kerajaan negeri mendaftarkan lebih ramai keluarga miskin untuk menyertai program AES," katanya.

Malah, Dr Norlela, telah pun diberi penerangan terperinci tentang matlamat AES, cara-cara permohonan serta kriteria kelayakan bagi semua bantuan, terutama bantuan AES.

Program Agenda Ekonomi Saksama(AES) merupakan satu inisiatif murni kerajaan negeri Pulau Pinang yang diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan, khususnya keluarga miskin tegar.

AES menjaminkan setiap keluarga di Pulau Pinang memperolehi wang pendapatan sekurang-kurangnya RM790 sebulan.

"Saya sebagai Pegawai Penyelaras AES Pulau Pinang merasa kesal dengan tindakan YB Dr Norlela yang telah pun mempunyai nombor talipon peribadi saya tidak memaklumkan kepada saya mengenai kes-kes kemiskinan yang beliau maksudkan dalam suratkhabar," kata Wahab.

"Saya kurang faham mengapa kes-kes keluarga miskin ini tidak diajukan kepada saya serta jentera kerajaan yang lain untuk mengembelengkan usaha dan tenaga untuk memberi bantuan," tambahnya.

"Kenapa harus mengeluarkan kenyataan melalui media arus perdana milikan BN yang sengaja mencari pasal dan memburukkan kerajaan negeri yang sedang berusaha sebaik mungkin bagi menghapuskan dan mengurus kemiskinan di Pulau Pinang?" soal beliau lagi.

Untuk rekod, memetik laporan akhbar News Straits Times (NST) Norlela bersama seorang lagi Adun Pakatan Harapan (Lydia Ong Kok Fooi-DAP) mendakwa mereka tidak dapat membantu rakyat di kawasan masing-masing melalui kerajaan negeri dan majlis tempatan.

Tambah Norlela, usul yang cuba dibawah oleh beliau ke Dewan Undangan Negeri(DUN) telah ditolak sebanyak 13 kali sejak 2013.

Manakala, Kok Fooi pula mendakwa bahawa kerajaan negeri tidak membantu menyelesaikan di kawasannya walaupun dibangkitkan beberapa kali.

Kok Fooi merupakan Adun Berapit.

Kok Fooi Sabtu lalu, yang mengakui sistem pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang lemah dan menyebabkan kebanyakan masalah di negeri ini gagal diselesaikan dengan baik, selain ada yang masih berulang.

Sementara itu, ADUN Tanjung Bungah daripada DAP, Teh Yee Cheu bersetuju dengan pendedahan dua rakan sejawatnya mengenai kelemahan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Yee Chue berkata, beliau juga turut menyokong dakwaan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang dikawal individu tertentu, serta mahu masalah itu diselesaikan dengan segera.
"Memang pentadbiran kerajaan negeri lemah dan ia dikawal individu tertentu.

Malah, yang kawal pentadbiran negeri ini sebenarnya hanyalah (seorang) individu. "Saya harap mereka (ADUN Berapit, Ong Kok Fooi dan ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin) akan berjuang untuk pastikan perkara ini dapat diselesaikan," katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Selasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana