Dr. Mahathir semakin terdesak tagih simpati

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini dalam keadaan terdesak apabila beliau tidak lagi mendapat sokongan daripada UMNO.

Setiausaha Akhbar Perdana Men­­teri, Datuk Seri Tengku Sa­riffuddin Tengku Ahmad berkata, Dr. Mahathir terpaksa meninggalkan UMNO dan menagih simpati pakatan pembangkang melalui Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menurut beliau, ahli-ahli UMNO menganggap tindakan Dr. Mahathir cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata bagi membuka laluan untuk anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai keterlaluan.

“Begitu juga dengan pembohongan Dr. Mahathir kononnya RM42 bilion hilang daripada akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuktikan tindakan Dr. Mahathir menggunakan isu 1MDB untuk menyerang Perdana Menteri adalah tidak berasas,” katanya dalam kenyataan me­la­lui laman Facebook rasmi Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Tengku Sa­riffuddin menambah, Dr. Mahathir sepatutnya membiarkan anaknya berdikari dalam politik memandangkan Mukhriz mendakwa beliau menerima sokongan 80 peratus ahli UMNO.

Beliau turut menempelak Dr. Mahathir yang hanya tahu menyalahkan Perdana Menteri di atas kegagalan Muhkriz memenangi kerusi Naib Presiden UMNO tiga tahun lalu serta penyingkiran anaknya daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

“Sekiranya benar Mukhriz mendapat sokongan 80 peratus ahli UMNO, sudah tentu beliau kini menjadi Naib Presiden UMNO atau masih bergelar Menteri Besar Kedah,” jelasnya.

Tengku Sariffuddin berkata, apa yang Dr. Mahathir perlu lakukan adalah mengumumkan calon-calon bagi jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Bagaimanakah seorang pemimpin yang membuat segala keputusan sendiri boleh mengelak daripada menjawab persoalan penting ini?,” ujarnya.

Menurut beliau, Dr. Mahathir tidak boleh menyalahkan rakyat yang mengaitkan rancangannya menjatuhkan Perdana Menteri dengan usaha membuka laluan untuk Mukhriz selagi persoalan itu belum dijawab.

Pada masa sama, Tengku Sarifuddin menjelaskan, Najib akan terus memberi tumpuan terhadap isu-isu yang penting di negara ini khususnya memerangi ancaman keganasan serta melaksanakan rancangan ekonominya untuk rakyat.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana