DAP mahu luaskan kuasa di Sarawak - Bekas pemimpin

SHAH ALAM: Bekas pemimpin DAP Zulkifli Mohd Noor mendakwa parti itu sedang meluaskan kuasa mereka dengan mensasarkan pertambahan kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ujar beliau yang merupakan Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), pertembungan enam kerusi yang berlaku antara DAP dan PKR, membuktikan parti yang didominasi orang Cina itu mahu menunjukkan kuasa mereka setelah berjaya memenangi 12 kerusi berbanding PKR, hanya 3 kerusi.

"Dia (DAP) berlagak seolah dia besar sebab kita tengok dia ingat di Sarawak itu mereka sudah mempunyai 12 kerusi maka dengan tersendirinya kekuatan mesti diberikan kepada mereka untuk memilih apa sahaja yang mereka mahukan.

"Ini seolah-oleh mereka yang boleh menerokai tempat dan kerusi baru untuk Pakatan tetapi dalam hasrat sebenarnya mereka ingin mendapatkan kerusi baru bagi tambah ADUN untuk mereka.

"Maka jika kita terokai kepada pertambahan pada kerusi-kerusi ADUN maka kita terpaksa kena ambil kerusi yang belum ditandingin sebelum ini dan ini akan melukai atau menjejaskan kepada kedudukan parti yang dahulunya bertanding di tempat tersebut,"katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pertembungan calon PKR dan DAP di enam kerusi pada PRN Sarawak ke-11 iaitu di Batu Kitang, Mambong, Ngemah, Simanggang, Murum dan Mulu.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata DAP adalah sebuah parti yang tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana parti bersandarkan kepada sejarah perbalahan dan pertelingkahan yang berlaku sebelum ini.

"Dia (DAP) tidak boleh berkerjasama dengan sesiapa, mereka hendakkan kepentingan mereka sendiri, dia tidak boleh kerjasama pemimpin, ahli-ahli dalam parti sendiri, dengan parti PAS, mereka juga ada pertelingkahan begitu ketara dengan parti PKR.

"Maka Pakatan Harapan (PH) ini tidak perlu diwujudkan kerana PH ini hanya mempunyai kepentingan kepada DAP sahaja kerana mereka tidak mempunyai penyokong Melayu," ujarnya.

Sebelum ini, menerusi perjanjian bertulis berhubung pengagihan kerusi yang ditandatangani antara PKR dan DAP pada 7 April lepas, kerusi Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga telah diperuntukkan kepada PKR.

Sementara kerusi Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum akan ditandingi DAP.

Bagaimanapun, PKR dilihat 'mencabuli' persetujuan pembahagian kerusi itu dengan bertanding menentang DAP di Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.

DAP pula membalas dengan meletakkan calonnya menentang PKR di Batu Kitang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana